ismakualaterengganu

Pengurusan baru Proton diskriminasi pengedar Bumiputera

BANGI, 26 Jamadilawal 1439H, Isnin – Dasar Proton di bawah pengurusan baharu syarikat dikhuatiri bakal memusnahkan sebahagian majoriti wa...

BANGI, 26 Jamadilawal 1439H, Isnin – Dasar Proton di bawah pengurusan baharu syarikat dikhuatiri bakal memusnahkan sebahagian majoriti wakil jualan dan pengedar Bumiputera.

Malah, Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, kemungkinan besar pengedar akan digantikan dengan bukan Bumiputera sepenuhnya.

Beliau berkata demikian setelah menerima banyak aduan daripada syarikat jualan Bumiputera mengenai dasar daripada pengurusan baru syarikat tersebut yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Proton Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB), Dr Li Chunrong sejak November lalu.

Pentadbiran baru itu dikatakan banyak memberi tekanan kepada mereka dengan pentadbiran agak keras.

“Antara isu utama ialah Proton, dalam tempoh yang singkat iaitu kurang setahun mengarahkan pengedar menaik taraf daripada pusat 1S (jualan saja) kepada pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) bagi membolehkan wakil jualan ini menjual model baharu Geely-Proton, Boyue.

“Orang yang menjaga perancangan dan pembangunan wakil jualan Proton diketuai oleh seorang bukan bumiputera yang tentunya tidak mempunyai jiwa untuk membantu Bumiputera.

“Beliau telah memberi berbagai tekanan dan tidak memberi pilihan kepada wakil jualan Bumiputera 1S dalam usaha untuk naik taraf kepada 3S. Tidak ada kompromi atau rundingan,” katanya dalam satu oleh wawancara Mingguan Malaysia.

Selain itu, beliau berkata, antara syarat yang perlu dipenuhi ialah wakil-wakil jualan perlu membuka pusat servis 3S di atas tanah sendiri atau tanah sewa.

“Ini satu perkara yang paling sukar dan tidak logik sebab nak beli tanah dan tukar nama pun memakan masa lebih enam bulan.

“Tetapi pengurusan baru Proton tetapkan syarat-syarat ketat iaitu wajib naik taraf ke 3S dalam tempoh kurang setahun. Sudah tentu ini sukar direalisasikan oleh wakil jualan Bumiputera. Kalau tak ikut syarat ini, mereka akan tukar dengan wakil jualan lain yang kemungkinan besar rata-ratanya adalah wakil jualan bukan Bumiputera.

“Di Lembah Kelang ini terutamanya, mana nak dapat tanah untuk bina bangunan sendiri atas tanah seluas 0.61 hektar (1.5 ekar) seperti ditetapkan pengurusan baru Proton ini. Jelas tidak logik.

Wakil jualan Bumiputera tidak mampu untuk menyewa atau membeli tanah 0.61 hektar (1.5 ekar) tersebut. Akhirnya di Lembah Kelang, saya percaya akan dimonopoli oleh wakil jualan bukan Bumiputera,” katanya.

The post Pengurusan baru Proton diskriminasi pengedar Bumiputera appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 3953491795543540328

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item