Polis buru wanita Cina edar kopi bercampur dadah

BANGI, 20 Jamadilawal 1439H, Selasa – Polis sedang memburu seorang wanita dipercayai mengedar kopi berperisa durian bercampur dadah, yang menyebabkan tujuh individu dimasukkan ke hospital selepas mengalami gejala letih dan lemah yang teruk.

Setakat ini identiti wanita berusia 40-an itu belum dikenal pasti, tetapi dia berketurunan Cina.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, keterangan wanita itu sangat penting bagi mengetahui sumber kopi itu diperoleh.

“Kita tengah kesan dia bagi mengetahui dari mana dia dapat kopi untuk dia edar secara percuma. Berdasarkan siasatan awal, dia mengedarkan kopi pracampuran perisa durian dan kopi putih yang diminum tujuh mangsa itu di kawasan pasar dan beberapa restoran di Jelutong.

“Dia memberikan dua kopi berlainan perisa daripada syarikat yang sama itu secara percuma kepada orang ramai untuk dicuba sejak dua minggu lepas.

“Polis percaya keterangan daripada wanita berkenaan dapat merungkai serta memberi petunjuk untuk kami jalankan siasatan lanjut ,” katanya.

Bagaimanapun Anuar berkata, pihaknya mengesyaki terdapat unsur sabotaj apabila terdapat kesan gangguan pada pek kopi berkenaan.

Katanya, ia termasuk keadaan kopi yang mengeras kerana teroksida, pertambahan berat, dan kesan pek yang digam semula.

Setakat ini, polis telah merekodkan keterangan tujuh individu termasuk seorang wanita yang memberi kopi berkenaan kepada dua lelaki Nepal yang bekerja sebagai pegawal keselamatan di Pulau Tikus.

Kes disiasat mengikut Seksyen 272 Kanun Keseksaan kerana memalsukan makanan atau minuman yang ditujukan untuk dijual.

The post Polis buru wanita Cina edar kopi bercampur dadah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian