ismakualaterengganu

PRU14 mungkin sebelum 14 Julai

PUTRAJAYA, 16 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi bayangan baru mengenai tarikh Pilihan Ra...

PUTRAJAYA, 16 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi bayangan baru mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang mungkin diadakan sebelum 14 Julai.

Berucap dalam majlis penyerahan surat tawaran Program Khas Haji Perdana Menteri, Najib memaklumkan peserta akan bertolak pada 14 Julai, selepas dua peristiwa ‘Raya’ selesai.

“14 Julai bererti bahawa dua peristiwa akan terlepas, Hari Raya Aidilfitri dan satu lagi Hari Raya satu lagi, jadi dua-dua raya, baru tuan-tuan naik haji.

“Tetapi kita buat lebih awal lagi, lebih awal supaya tuan-tuan semat dalam hati,” katanya di sini, hari ini.

Berdasarkan kalendar dan perayaan 2018, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Jun, sementara musim haji dijangka bermula pada Julai.

Difahamkan, Parlimen dijangka dibubarkan antara penghujung bulan Mac dan awal April.

Parlimen pada penggal ini akan terbubar secara automatik pada 24 Jun 2016, jika ia tidak dibubaran sebelum tarikh tersebut.

The post PRU14 mungkin sebelum 14 Julai appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6662650849510548476

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item