ismakualaterengganu

Ribut salji jejas usaha cari pesawat terhempas

TEHRAN, 3 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Pihak keselamatan Iran terpaksa menangguhkan pencarian pesawat terhempas yang mengorbankan 66 penump...

TEHRAN, 3 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Pihak keselamatan Iran terpaksa menangguhkan pencarian pesawat terhempas yang mengorbankan 66 penumpang semalam, ekoran ribut salji di kawasan pergunungan di Zagros.

Ketua Pasukan Palang Merah, Morteza Salimi berkata, 45 pasukan dihantar ke kawasan Gunung Dena di barat daya Zagros, tetapi sehingga kini tiada sebarang petanda lokasi bangkai pesawat terbabit.

“Kawasan pergunungan sukar dilalui dan agak mustahil untuk menggunakan helikopter disebabkan keadaan kabus tebal, salji dan hujan,” katanya.

Semalam, pesawat Aseman Airlines ATR-72, dengan dua enjin turbo dilaporkan terhempas tidak jauh dari destinasinya di Yasuj, kira-kira 780 kilometer di selatan Tehran.

Pesawat ini hilang dari radar selepas 45 minit berlepas dari Tehran.

Aseman Airlines dimiliki Yayasan Pesara Kakitangan Awam Iran. Ia adalah syarikat penerbangan ketiga terbesar di Iran berdasarkan jumlah pesawat, selepas Iran Air dan Mahan Air. -Agensi

The post Ribut salji jejas usaha cari pesawat terhempas appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6793124907826477286

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item