ismakualaterengganu

ROS sedia berdepan Pakatan Harapan di mahkamah

KUALA LUMPUR, 6 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Tindakan Pakatan Harapan (PH) memfailkan semakan kehakiman terhadap Pendaftar Pertubuhan (ROS...

KUALA LUMPUR, 6 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Tindakan Pakatan Harapan (PH) memfailkan semakan kehakiman terhadap Pendaftar Pertubuhan (ROS) bakal melambatkan proses pendaftaran gabungan pembangkang itu.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata, pihaknya sedia berdepan PH di mahkamah kerana agensi terbabit diperuntukkan kuasa menerusi Akta Pertubuhan 1966 untuk meneliti sebarang aduan.

“Kita juga mempunyai hak untuk mempertahankan tindakan menggunakan akta ini bagi menyiasat semua permohonan, khususnya membabitkan kes PPBM yang merupakan komponen dalam PH,” lapor BH Online.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya akan meneliti semua aduan dan percanggahan dalam parti komponen gabungan itu sebelum memproses permohonan pendaftaran PH.

Pada masa sama, Surayati berkata, pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sepatutnya mudah dalam memastikan sayap pemudanya atau Armada terkandung dalam perlembagaan parti.

“Namun semakan lanjut mendapati wujud aduan daripada peringkat akar umbi dan bekas ahli parti bahawa mesyuarat agung tahunan tidak dianjurkan pada semua peringkat.

“Setakat ini, ada 430 aduan atas meja saya yang belum diteliti,” katanya lagi.

Semalam, Jawatankuasa Penaja PH memfailkan saman ke atas ROS, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur susulan jabatan itu didakwa gagal memberi maklum balas ke atas permohonan gabungan itu untuk berdaftar sebagai pertubuhan yang sah.

The post ROS sedia berdepan Pakatan Harapan di mahkamah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 223268349147313160

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item