ismakualaterengganu

SPRM tahan reman dua pemain bola Sarawak, seorang bookie

KUCHING, 29 Jamadilawal 1439H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, menahan reman dua pemain bola sepak Saraw...

KUCHING, 29 Jamadilawal 1439H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, menahan reman dua pemain bola sepak Sarawak dan seorang bookie atas dakwaan mengatur perlawanan ketika pertemuan dengan Felcra United FC, Sabtu lalu.

Majistret Portia Tham Ong Leng membenarkan tahanan reman enam hari terhadap dua pemain Sarawak itu, manakala suspek dipercayai bookie pula direman sehingga 21 Februari ini.

Ketiga-tiga suspek direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Dua pemain itu masing-masing berusia 28 dan 29 tahun dipercayai terbabit mengatur perlawanan saingan Liga Premier di Stadium Sarawak, Sabtu lalu yang menyaksikan Sarawak tumpas kepada Felcra FC, 2-3, meskipun mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.

Kedua-dua pemain anak tempatan beraksi dalam pasukan Bumi Kenyalang itu sejak dua musim lalu.

Susulan kekalahan tersebut, Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais mengarahkan pengurus pasukan, Kol (PA) Wahab Abdul Rahim menjalankan siasatan dalaman terhadap pasukannya.

The post SPRM tahan reman dua pemain bola Sarawak, seorang bookie appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 4901298965179100623

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item