ismakualaterengganu

Tabung Haji senarai 19 syarikat pelancongan tawar pakej haji

KUALA LUMPUR, 6 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Lembaga Tabung Haji (TH) mengeluarkan senarai 19 syarikat pelancongan tempatan sebagai Pengel...

KUALA LUMPUR, 6 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Lembaga Tabung Haji (TH) mengeluarkan senarai 19 syarikat pelancongan tempatan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang menawarkan pakej haji bagi tahun ini.

TH dalam satu kenyataan memaklumkan, jemaah yang menerima surat tawaran ibadah haji, dan berhasrat menggunakan perkhidmatan pakej, disaran untuk memilih perkhidmatan PJH.

“PJH yang disenaraikan ini merupakan agensi yang diluluskan oleh Tabung Haji untuk menawarkan perkhidmatan pakej haji bagi musim haji 1439 Hijrah.

“Mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa memperoleh kelulusan daripada Tabung Haji adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535),” katanya.

Tabung Haji berkata, senarai PJH yang menerima lesen daripada Tabung Haji boleh didapati di mana-mana pejabat cawangan Tabung Haji atau melayari laman sesawang http://www.tabunghaji.gov.my atau seperti berikut:

1. TH Travel & Services Sdn. Bhd;
2. Alif Travel & Tours Sdn. Bhd;
3. Andalusia Travel& Tours Sdn. Bhd;
4. Ash-Har Travel & Tours Sdn. Bhd;
5. Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd;
6. C.S Holidays Sdn. Bhd;
7. Citra Travel & Tours Sdn. Bhd;
8. Felda Travel Sdn. Bhd;
9. Gemilang Travel and Tours Sdn. Bhd;
10. Juara Travel & Tours Sdn. Bhd;
11. Masamas Travel & Tours Sdn Bhd;
12. MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd;
13. Rayhar Travels Sdn. Bhd;
14. Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn. Bhd;
15. TM Tours & Travel Sdn. Bhd;
16. Touch Me Travel & Tours Sdn. Bhd;
17. Utas Travel & Tours Worldwide;
18. Wira Saujana Travel & Tours Sdn. Bhd;
19. Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd.

TH berharap orang ramai sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga kerana pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu perseorangan untuk menjadi orang tengah atau ejen dalam hal-hal berkaitan tawaran serta pakej haji.

Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan Tabung Haji di talian 03 -62071919.

The post Tabung Haji senarai 19 syarikat pelancongan tawar pakej haji appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6834777097310506103

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item