‘Tak sampai lima minit hangus sekelip mata’

JOHOR BAHRU,5 Jamadilakhir 1439H, Rabu – “Tak sampai lima minit semua hilang”. Itu antara luahan yang sempat dikongsi oleh mangsa kebakaran di Jalan Imam, Kampung Melayu Pandan, yang menyaksikan enam rumah hangus dan menyebabkan 17 keluarga hilang tempat tinggal dalam kejadian petang semalam.

Seorang mangsa, Nor Hafifi Nor Asri, 29, berkata api yang marak dengan cepat menyebabkan dia bersama ibunya, Salina Saim, 52, dan adiknya, Muhd Afiq Nor Asri, 15, yang ketika itu berada di rumah bersama dua anak saudaranya yang berusia empat dan dua tahun tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan.

“Masa kejadian itu saya tengah bersiap nak keluar rumah dalam pukul 6.45 petang, tiba-tiba bila pergi dapur nampak asap hitam tebal masuk dari ruang atap rumah. Saya pun jerit panggil mak, angkat anak saudara dan lari keluar.”

“Bila lari keluar tu memang nampak api ke kanan ke kiri sebab angin kuat. Sempat bawa keluar nyawa, tapi barang rumah, baju semua hangus,” katanya ketika ditemui Bernama, di sini, hari ini.

Tambahnya, usaha memadam kebakaran juga dilakukan dengan bantuan orang-orang kampung namun gagal akibat api yang marak dengan cepat.

“Semua rumah kayu, rumah lama, jadi api cepat (marak). Api memang nampak tinggi dan merah, bunyi meletup pun ada sebab ada rumah yang tidak sempat bawa keluar tong gas,” katanya. -Bernama

The post ‘Tak sampai lima minit hangus sekelip mata’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian