Tipu umrah: Jangan lindungi suspek utama bersembunyi

KUALA TERENGGANU, 11 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Polis Terengganu memberi amaran tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melindungi suspek utama kes penipuan dan pakej umrah melibatkan Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT), yang sedang melarikan diri.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, suspek berumur 30 tahun itu dikatakan sentiasa bergerak serta bertukar tempat persembunyian dan meloloskan diri setiap kali serbuan dilakukan polis yang kini giat memburunya.

“Saya ingin memberi amaran sekiranya terdapat mana-mana pihak membantu dan menolong menyembunyikan maklumat penjenayah yang dikehendaki daripada ditangkap, mereka melakukan suatu kesalahan mengikut Kanun Keseksaan.

“Mereka yang melindungi pesalah akan kita tuduh mengikut Seksyen 212 Kanun Keseksaan kerana melindungi orang bersalah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun” katanya ketika ditemui Bernama, di sini.

Sebelum ini, suspek yang juga bekas pengarah itu direman dari 27 Disember 2016 hingga 21 Januari 2017 bagi membantu siasatan kes yang melibatkan kerugian kira-kira RM4.5 juta.

Suspek kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh reman itu, sementara menunggu arahan Pegawai Pendakwa Negeri.

Bagaimanapun suspek dikatakan menghilangkan diri sejak sebulan yang lalu dan lokasi terakhir dia dikesan adalah di Pasir Mas, Kelantan.

The post Tipu umrah: Jangan lindungi suspek utama bersembunyi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian