ismakualaterengganu

Aktivis Isma Samarahan raih anugerah di MIV Excellence Award 2018

O leh: Mohammed Rasheedan bin Ellin KOTA SAMARAHAN, 1 Mac – Siapa sangka keaktifannya bergiat dalam aktiviti kesukarelawanan ICT telah men...

Oleh: Mohammed Rasheedan bin Ellin

KOTA SAMARAHAN, 1 Mac – Siapa sangka keaktifannya bergiat dalam aktiviti kesukarelawanan ICT telah mencuri hati para juri di Malaysia ICT Volunteer (MIV) Excellence Award Ceremony 2018 yang berlangsung di Auditorium Menara Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Putrajaya baru-baru ini.

Saudari Norlia binti Salleh yang merupakan aktivis Ikatan Muslimin Malaysia Samarahan telah mula terlibat dalam MIV sejak tahun 2016, sejurus selepas pelancaran program MIV bersama International ICT Volunteer yang dianjurkan bersama dengan salah sebuah agensi teknologi dan komunikasi yang berpangkalan dari Korea Selatan.

Beliau banyak terlibat secara langsung dalam aktiviti pembelajaran melalui kelas-kelas ICT percuma di Pusat Internet 1 Malaysia termasuklah mengadakan kelas kemahiran Microsoft kepada para pelajar di Kampung Pinang, Kota Samarahan.

Pada tahun 2017, usaha beliau untuk mendidik masyarakat kampung diperluas dengan bergabung bersama “MIV with Community” yang mensasarkan pelajar pelbagai peringkat umur yang berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia dan juga mengadakan kelas kemahiran perniagaan secara atas talian kepada usahawan-usahawan desa di kampung yang sama.

Beliau dipilih atas faktor kecemerlangannya semasa menjadi sukarelawan MIV. Antara aspek yang dinilai adalah dari segi keaktifan, impak kepada masyarakat, dokumentasi dan sumbangan semasa. Beliau telah menerima sijil penghargaan beserta trofi dan baucer wang tunai RM300. Majlis penganugerahan ini juga menyaksikan penganugerahan kepada sukarelawan dalam lima ketegori yang lain.

Majlis yang julung-julung kali diadakan ini adalah bertujuan untuk menghargai para sukarelawan ICT di pelbagai peringkat, sama ada di bahagian pendidikan mahupun komuniti kampung.

Untuk rekod, MCMC kini mempunyai serawami 1,013 sukarelawan dari seluruh negara yang membantu melaksanakan perkhidmatan pendidikan ICT.

 

Sumber

Related

TERKINI 285359008836161921

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item