Kelibat penyerang import Indonesia gagal bantu KB Isma Selangor

SHAH ALAM, 16 JAMADILAKHIR 1439H, Ahad – Jaringan penyerang import daripada Indonesia, Arruza Amsyah Untoro gagal membantu KB Isma Selangor untuk mencatat kemenangan pertama  setelah sekadar seri 1-1 dalam perlawanan kedua Liga Komuniti Isma 2018 menentang Black Panther.

Walaupun menguasai sebahagian besar perlawanan tersebut, ketumpulan barisan serangan KB Isma Selangor menyudahkan deretan peluang di separuh masa kedua perlawanan memberikan satu mata berharga buat Black Panther yang mendapat gol penyamaan hasil satu sepakan sudut di minit-minit akhir separuh masa pertama.

Pengurus pasukan KB Isma Selangor, Mohd Hazwan Ab Halim yang ternyata kecewa dengan keputusan tersebut tetap berpuas hati dengan persembahan kesemua pemain yang menunjukkan peningkatan berbanding perlawanan pertama sebelum ini.

Beliau berharap dalam perlawanan seterusnya, pemain akan lebih serasi dan dapat mencatat kemenangan ke atas wakil daripada Puchong, PURA FC bagi memperbaiki kedudukan dalam liga.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian