ismakualaterengganu

Pelihara kemuliaan dibawa Islam dengan taqwa- Usrah Wanita Isma Gombak

oleh: Farah Ghazali SETAPAK, 25 Feb- Wanita Isma Gombak meneruskan program berkala Usrah Wanita dengan kerjasama Surau Alhusna, Setapak, de...

oleh: Farah Ghazali

SETAPAK, 25 Feb- Wanita Isma Gombak meneruskan program berkala Usrah Wanita dengan kerjasama Surau Alhusna, Setapak, dengan topik kali ini bertajuk ‘Muliamu Wanita Kerana Islam’ dan disampaikan oleh Pegawai Syariah dari Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang juga ahli Isma Gombak, Ustazah Mariam Jameelah.  

Ustazah Mariam mengingatkan bahawa pada zaman sebelum kedatangan Islam kedudukan wanita tidak terbela dan dinafikan pelbagai hak yang sewajarnya.

“Wanita tidak diberi penghormatan sehingga nasib dan masa depan mereka tidak mendapat tempat di sisi masyarakat dan mereka diperlakukan apa-apa sahaja sebagai rakyat kelas dua. Islam muncul dan mengembalikan kemuliaan kepada wanita,” ujar beliau.

Menyingkap cabaran yang melanda dewasa kini, wanita Islam terutama di Malaysia terdedah dengan pelbagai ancaman yang boleh menggugat kepercayaan wanita Islam berkenaan hukum-hukum syariah yang telah ditetapkan oleh Allah terhadap wanita Islam.

Mengulas lanjut, Ustazah Mariam menegaskan bahawa Al-Qur’an dan al-Sunnah telah meletakkan panduan umum terhadap kedudukan wanita yang setara dengan lelaki daripada segi kemanusiaannya.  Kedua-duanya mempunyai hak dan kewajipan yang sama dalam melaksanakan tugas-tugas agama tetapi apa yang membezakan adalah ketaqwaan di sisi Allah sebagaimana dinyatakan dalam Surah Al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Pencerahan yang disampaikan ternyata membuka minda para pendengar yang hadir ke program yang mendapat sambutan positif dari kalangan penduduk yang tinggal di kawasan sekitar ini.

Usrah Wanita pada kali ini turut membawa sedikit kelainan apabila dimulakan dengan sesi senamrobik santai yang dikendalikan oleh wakil iFitness Gombak, Puan Nurul Aizat. Para wanita yang hadir termasuk daripada kalangan warga emas tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam sesi senaman tersebut sebelum sesi usrah berlangsung.

Wakil AJK Surau Alhusna, Ustazah Raihana, turut menyampaikan maklumbalas memberansangkan terhadap program ini dan mencadangkan agar sesi usrah seterusnya turut membincangkan lebih banyak isu berteraskan wanita seperti tabarruj, hijab dan hukum-hakam berkaitan.

Sumber

Related

TERKINI 2202278983589271816

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item