Rawat LGBT: Iktiraf, syukur dengan kejadian diri sendiri

Kita menyaksikan saban hari dan masa, lebih banyak tuntutan yang dibuat oleh para pendokong tegar feminisme dan LGBT bagi masyarakat untuk mengiktiraf ‘spesis’ mereka. Sungguhpun suara mereka makin besar dan tiada segan silu, namun harus kita fahami dan akur, yang salah tetap salah. Yang batil tetap batil.

Berikut merupakan hujah Dr. Fatimah Zaharah Rosli, pengamal perubatan di Hospital Serdang dalam menyelar kemaraan suara-suara golongan yang jelas nyata dilaknat Allah seperti mana yang telah termaktub di dalam kitabNya.

1. Islam telah menetapkan seksualiti itu sebagai sesuatu yang objektif dan bukannya subjektif seperti yang didakwa oleh teori gender moden yang muncul hanya selepas tahun 1948. Sebelum penemuan DNA dan kromosom lagi, Allah telah menggariskan di dalam Al-Quran bahawa makhluk termasuk manusia, haiwan dan tumbuhan diciptakan berpasang-pasangan. Secara spesifik, Allah menyebut di dalam surah Al-Hujurat bahawa manusia diciptakan lelaki dan perempuan serta berbilang kaum. Dan ianya telah diperkuatkan lagi dengan penemuan sains yang membezakan antara kromosom lelaki dan perempuan.

2. Perbezaan kromosom lelaki dan perempuan menghasilkan tumbesaran berbeza antara lelaki dan perempuan, dari aspek anatomi (struktur tulang, otak, alat kelamin) dan fisiologi (keseimbangan hormon, fungsi dalam pembiakan) dan ini bukanlah “stereotyping” yang berlaku disebabkan oleh adat resam sesuatu kaum semata-mata.

3. Allah menciptakan manusia dengan tujuan tertentu dan bukan sekadar untuk berseronok mengejar nafsu masing-masing. Allah menciptakan manusia untuk mengusahakan bumi ini dan memakmurkan bumi ini. Bagi memastikan keberlangsungan tugasan ini, manusia melalui proses tumbesaran, perkahwinan dan kelahiran zuriat, dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk mendidik zuriat yang telah dilahirkan untuk menjadi manusia berguna yang akhirnya akan menyambung tugasan seorang dewasa dalam memakmurkan muka bumi ini. Ini adalah kitaran kehidupan yang sentiasa berterusan.

4. Sebagai seorang Islam, lelaki dan perempuan, kita harus sedar bahawa tindakan menyokong perjuangan feminisme dan LGBT adalah tidak fitrah dan bertentangan dengan sunnah penciptaan manusia di muka bumi.

5. Dalam surah Al-A’raf Allah menyatakan bahawa Iblis tidak akan berhenti berusaha menyesatkan manusia dengan pelbagai cara sehinggalah Iblis berjaya membuat manusia mengubah ciptaan Allah SWT.

6. Perjuangan feminisme dan LGBT adalah berasaskan sesuatu yang subjektif serta tidak disokong oleh fakta sains. Mereka marah dengan menyatakan yang kita tidak mengiktiraf ‘kesamaaan gender dan seksualiti’ namun hakikatnya mereka sendiri tidak mampu untuk mengiktiraf gender dan seksualiti dalam diri mereka yang telah tercipta dalam DNA manusia.

Nurul Zaim
Isma Seremban

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian