Srikandi Solehah bicara identiti muslimah di Australia

SYDNEY, 10 Mac 2018 – Seramai 45 peserta yang terdiri daripada mahasiswi New South Wales termasuk jemputan khas telah menyertai program Srikandi Solehah 2018 yang merupakan julung kali dianjurkan oleh Beliawanis Isma Australia cawangan New South Wales (NSW).

Program yang bertempat di Kensington Park Community Hall, Sydney ini diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran kepada kaum wanita terutamanya mahasiswi yang sedang belajar di luar negara mengenai kepentingan untuk menjadi seorang muslimah mengikut perspektif Islam.

Program dimulakan dengan tayangan sambungan komik ‘Aku, Parti dan Syurga’ karya salah seorang ahli Beliawanis NSW yang telah dimuat naik di laman facebook Beliawanis Isma Australia beberapa bulan sebelum program berlangsung.

Acara lain yang diadakan termasuk persembahan daripada para mahasiswi , perkongsian daripada Dr. Firdha Hanis bertajuk Muliamu Wanita Kerana Islam serta penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang diadakan.

Antara intipati perkongsian daripada Dr. Firdha Hanis ialah kepentingan sifat malu di dalam diri setiap wanita yang bergelar muslimah serta gaya pemakaian sekarang yang terlalu mengikut peredaran zaman sehingga melanggar syariat Islam.

Para peserta turut diberikan cenderahati ekslusif yang ditaja oleh pengarah program Srikandi Solehah 2018 merangkap Ketua Beliawanis Isma NSW.

Diharapkan semua peserta dapat mengaplikasikan segala ilmu yang dikongsikan sepanjang program secara berterusan dan semoga program ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.

Siti Nurshakila bt Shamshul Akram
Ahli Jawatankuasa Malam Srikandi Solehah 2018

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian