YB Hanipa Maidin, Bertaubatlah!

Seorang pemimpin yang berwibawa merupakan contoh kepada masyarakat. Kehebatan, keterampilan dan kewibawaan, landasannya adalah Islam dan cabangnya adalah akhlak.

Sehebat mana pun anda dalam memegang tampuk kekuasaan, andai hubungan antara Allah, manusia dan makhluk tidak dijaga dengan baik, maka apalah bezanya kita dengan kepimpinan Firaun.

Baru-baru ini amat memalukan seorang ahli politik yang dikenali ramai mengeluarkan kata-kata yang kesat dan jahat, apatah lagi kata-kata itu mungkin boleh merosakkan pegangan akidah.

Ungkapan “kalau saya tuhan, maka saya…” merupakan ungkapan batil dan melambangkan betapa sombong dan bongkaknya orang yang bertutur. Seolah-olah menunjukkan bahawa Allah itu lemah dan tersalah membuat keputusan.

Hati ini umpama sebuah kolah, dan kata-kata itu adalah hasil daripada cedokan kolah tersebut. Andai bersih kolah itu, Insya Allah bersihlah hasil cedokannya, begitu juga sebaliknya.

Begitulah peri pentingnya manusia dalam memlih kata-kata yang baik sebelum diungkapkan. Ungkapan orang lama “lidah tidak bertulang” atau “lidah itu lebih tajam daripada mata pedang” sudah cukup untuk menggambarkan kesan besar terhadap kehidupan manusia.

Bukankah nabi juga telah mengingatkan kita:

Abu Hurairah berkata: Rasulullah ditanya mengenai hal apakah yang paling menyebabkan banyak orang masuk syurga. Rasulullah menjawab: “Taqwa dan akhlak yang baik.” Kemudian Rasulullah ditanya mengenai apakah yang menyebabkan manusia ramai masuk neraka. Rasulullah menjawab: “Dua lubang iaitu lubang mulut dan kemaluan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)

Ya, benar manusia itu lemah dan mungkin melakukan kesilapan. Namun apabila diberikan teguran, terimalah dengan hati terbuka dan jangan sesekali bongkak dalam menegakkan benang yang basah.

Pada pandangan saya tidak rugi andai YB mengungkap perkataan maaf. Bukankah peribahasa ada mengatakan “ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.”

Bertaubatlah dan perbaikilah tutur kata. Saya meneliti banyak kali ucapan daripada beberapa ahli parlimen yang nampak seperti kebudak-budakan dan mencemar imej seorang pemimpin.

Saya secara peribadi merasakan YB yang bongkak dan kurang berakhlak seperti ini ini bukanlah pilihan yang baik untuk diangkat menjadi pemimpin.

Dari sisi seorang guru, saya sangat khuatir andai budaya mencela, maki hamun, kata-kata nista, bongkak dan batil seperti ini akan mempengaruhi budaya masayarakat terutamanya anak didik yang masih berada di bangku sekolah lagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

Mohammad Alif Rahman
NYDP i-Guru Cawangan Melaka

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?