ismakualaterengganu

Bantu kami kenal alif, ba, ta!

oleh: Mohammed Rasheedan bin Ellin SIMUNJAN, 22 April – Isma Samarahan melalui Biro Dakwah hari ini telah sempat berkunjung ke salah sebuah...

oleh: Mohammed Rasheedan bin Ellin

SIMUNJAN, 22 April – Isma Samarahan melalui Biro Dakwah hari ini telah sempat berkunjung ke salah sebuah rumah panjang yang didiami oleh warga Iban Muslim di Kampung Gawang Ulu.

Rumah panjang Kampung Gawang Ulu yang terletak kira-kira tiga jam perjalanan dari bandar Kuching ini menempatkan tujuh buah keluarga Muslim. Rata-ratanya generasi pertama memeluk Islam ini di rumah panjang ini memeluk Islam sekitar tahun 1970-1990. Walaupun telah hampir 50 tahun memeluk Islam, namun kadar pemahaman dan penghayatan terhadap agama Islam masih boleh dipertingkatkan.

Seorang warga rumah panjang ini, Shamsudin, 60, menyatakan bahawa mereka mahu meningkatkat ilmu agama Islam memandangkan pengetahuan yang mereka ada sekarang ini belum cukup untuk menjadikan mereka Muslimin yang lengkap.

“Walaupun saya belum cukup ilmu tentang agama Islam, tetapi saya tetap berpegang dengan iman saya kepada Allah s.w.t. Bagi saya kepercayaan saya kepada Allah itu sangat penting. Saya berharap ada pengajar atau ustaz yang tetap (konsisten) mengajar kami di rumah panjang ini,” ujarnya lagi.

Biro Dakwah Isma Samarahan menyertai rombongan misi perubatan dan kemanusiaan yang dikelola secara bulanan oleh Yayasan Ikhlas dan I-Medik Sarawak. Antara aktiviti yang sempat dijalankan bersama penghuni rumah panjang ini ialah Klinik Al-Fatihah. Berdasarkan pemerhatian, pengetahuan mereka tentang ilmu al-Quran masih perlu dipertingkat memandangkan ramai di antara mereka membaca berdasarkan hafalan dan bukan melalui bacaan huruf dan ayat secara teratur.

“Saya berharap, usaha kita untuk menyampaikan Islam boleh diperbaiki terutama sekali di kampung ini. Mereka orang Islam, mereka ada hak untuk mempelajari dan mendalami agama seperti mana peluang yang kita nikmati selama ini,” komen saudara Rasheedan yang merupakan Ketua Biro Dakwah ISMA Samarahan.

Siri kunjungan tersebut turut dihadiri oleh Ustaz Asraf, pegawai dakwah YADIM yang beru ditempatkan untuk mengajar penduduk di kawasan tersebut.

Sumber

Related

TERKINI 348076374499941176

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item