Solat Subuh Berjemaah Perisai Jati Diri Remaja Masa Kini
Oleh : Muhammad Taqiuddeen Bariman
JOHOR BAHRU, 29 April – “Solat subuh berjemaah serta bergiat aktif dengan aktiviti luar, merupakan dua elemen penting, dalam mengekalkan jati diri muslim pada diri seseorang remaja. Remaja yang dapat bermujahadah menjaga solat subuh berjemaah, sudah tentu dapat menjaga solat 5 waktu mereka”, ujar Muhammad Fathi Kamil, Aktivis Isma Johor ketika sesi tazkirahnya di Karnival Sukan Remaja Muslim (KASRIM) baru-baru ini.
“Futsal yang kita sertai ini, merupakan satu bentuk program yang sangat baik untuk remaja. Selain dapat merapatkan ukhuwah dalam kalangan peserta, aktiviti luar yang bersifat lasak ini juga, dapat mengurangkan pengaruh ‘gadget’ yang menyebabkan remaja kurang bersosial di luar dan lebih banyak bersendirian di dalam bilik,” katanya.
Program yang diadakan di Everyday Sport Centre Taman Anggerik Johor bahru ini, telah dimenangi oleh pasukan Bukit Mutiara FC yang membawa pulang wang tunai RM 300 berserta pingat tajaan Alfateh printing Sdn Bhd dan Big Bag House Entreprise.
Kelab Remaja Isma (Krim) cawangan Johor komited dalam membentuk generasi remaja muslim cemerlang yang bersifat holistik mencakupi aspek jasmani dan rohani.
Sebarang hebahan berkaitan makluman program akan datang, boleh layari facebook Kelab Remaja Isma (Krim) Johor di pautan https://www.facebook.com/KRIMJohor/
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan