Apa beza puasa kita dengan puasa Sahabat?

 

KUALA PILAH, 13 Mei – “Zaman Rasulullah, para sahabat tetap tidak meninggalkan puasa walaupun mereka sedang berperang. Walaupun kita tahu di sana ada keringanan untuk berbuka jika sedang melakukan kerja berat” ujar Dr Ahmad Sanusi, pensyarah Fakulti Al-Quran dan Sunnah, Universiti Islam Malaysia, USIM. Beliau yang menyampaikan satu ceramah berkaitan Fiqh Ramadan itu juga menekankan bagaimana persediaan awal itu penting sebelum kita bertemu dengan bulan yang agung ini.

“Para sahabat seawal enam bulan sebelum Ramadan sudah bersedia dan berdoa supaya mereka dipertemukan dengan Ramadan. Jadi di manakah kita berbanding mereka para sahabat yang mana ada antara mereka yang sudah dijanjikan syurga lebih awal,” ujar beliau lagi. Ceramah tersebut yang diadakan di Majid Al-Firdaus, Kariah Melang, Kuala Pilah itu berjaya menarik seramai hampir 30 orang jemaah yang duduk di sekitar masjid tersebut.

Ceramah tersebut merupakan anjuran Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Firdaus dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kuala Pilah. Pada sesi kedua pula satu pembentangan berkaitan penggunaan ubat-ubatan telah disampaikan oleh Ust Mohd Nizam yang merupakan Pegawai Farmasi di Klinik Kesihatan Johol juga merangkap Imam 2 Masjid Al-Firdaus.

Turut diadakan serentak aktiviti mewarna dan Explore Race anjuran Kelab Anak-anak Hebat (NAZIM) yang mensasarkan anak-anak yang hadir bersama ibubapa yang menghadiri ceramah yang dianjurkan. Beberapa booth turut dibuka seperti pemeriksaan kesihatan oleh Pertubuhan Ikatan Pengamal dan Sains Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) serta booth Kenali Ubat Anda oleh staf kesihatan Klinik Kesihatan Johol.

Program sebegini dilihat mampu memberikan nilai tambah kepada peduduk setempat dan para hadirin mengharapkan supaya ianya akan diadakan lagi pada masa akan datang. Majlis tamat tepat pada pukul satu tengah hari.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian