Peluang Wakaf untuk Maahad Tahfiz Al-Fateh bagi Tahun 2018
Alhamdulillah berkat doa, usaha gigih dan sumbangan semua, Maahad Tahfiz al-Fateh telah memiliki sebuah surau, bangunan tahfiz yang boleh menempatkan 30 orang pelajar, rumah warden, dewan mesyuarat, dewan seminar yang boleh memuatkan 250 peserta dan sebuah pejabat pengurusan.
Trek di sepanjang sempadan tanah yang berkeluasan 23 ekar untuk aktiviti berkuda, berjogging, berbasikal juga telah disiapkan.
Bagi tahun 2018, kami mensasarkan untuk melengkapkan prasarana untuk menjalankan pelbagai aktiviti lagi di tapak al-Fateh,Insyaa Allah.
Antara prasarana yang kami sasarkan untuk bina pada tahun ini ialah kantin, susur pejalan kaki, penambahbaikan surau, padang berkuda, tapak perkemahan, padang dan beberapa kemudahan lain.
Jadi, besarlah hati kami jika semua dapat menyumbang dan membantu untuk mendapatkan dana khususnya pada bulan Ramadhan ini, di mana segala amalan baik digandakan ganjarannya.
Sekali lagi pada bulan yang penuh barakah ini, kami mengajak semua, saudara mara, sahabat handai, tokoh-tokoh korporat dan para dermawan, para jemaah masjid/surau untuk sama-sama BERINFAQ pada bulan Ramadhan ini kepada pembangunan MAAHAD TAHFIZ AL FATEH.
Dilampirkan maklumat terkini berkenaan Maahad Tahfiz Al-Fateh serta peluang-peluang wakaf.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan