Ramadhan, Peluang Yang Tidak Harus Dilepaskan

Allah s.w.t membentangkan rahmat-Nya kepada para hamba-Nya menurut peredaran masa. Dia memperingatkan kita ketika lupa, menyedarkan kita ketika lalai dan menguatkan motivasi kita ketika kelesuan. Setiap tahun, Dia memberi peluang dengan mendatangkan Ramadhan untuk kita, bulan untuk menambahkan kebaikan dan mengurangkan kejahatan. Berbahagialah sesiapa yang merebut peluang yang dikurniakan oleh-Nya ini.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila malam pertama Ramadhan menjelang, syaitan dan para pelampau jin dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup dan tiada satupun yang dibuka, pintu-pintu syurga pula dibuka dan tiada satupun yang ditutup. Si tukang seru menyeru: Wahai pencari kebaikan! Ayuh maju. Wahai pencari kejahatan! Ayuh berhenti”. [Diriwayatkan oleh at-Tirmizi]

Sebaik-baik pengakhiran adalah di syurga. Ramadhan hadir dengan membuka ruang seluas-luasnya untuk kita menyusun kehidupan menuju ke syurga Allah SWT. Bulan yang penuh dengan barakah ini tidak seharuskan dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa kita meletakkan sebaik-baik usaha dan perancangan bagi memperoleh kebaikan sebanyak mungkin darinya. Jika untuk mendapatkan habuan dunia kita sanggup untuk melakukan apa sahaja, maka untuk mendapat ganjaran akhirat kita seharusnya meletakkan usaha yang lebih daripada itu.

Malanglah bagi mereka yang gagal untuk mengejar kebaikan yang ada pada bulan Ramadhan ini.

Sabda Baginda s.a.w: “Ramadhan telah tiba kepada kamu. Ia bulan berkat yang dilimpahkan oleh Allah untuk kamu. Di dalamnya, Dia menurunkan rahmat, menghapuskan kesalahan, mengqabulkan doa, menonton persaingan kamu dalam kebaikan dan berbangga dengan kamu di hadapan para malaikatNya. Lantaran itu, tunjukkanlah kepada Allah kebaikan diri kamu. Orang yang malang ialah sesiapa yang tidak memperolehi rahmat Allah ‘Azza wa Jall” [Diriwayatkan oleh at-Tobaroni]

Maka, dengan kelipahan rahmat Allah yang diturunkan dalam bulan Ramadhan ini, kita tidak seharusnya membiarkan ia berlalu begitu sahaja dengan sia-sia. Mari lah sama-sama kita menjadi orang yang beruntung dengan mendapat balasan yang baik di akhirat dan bukan orang-orang yang rugi.

 

Ustaz Engku Omar Amiruddin bin Engku Ali

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian