Isma salur sumbangan RM 13,500 kepada asnaf sekitar Kuantan

 

Oleh Shuhaimi Shaedon

KUANTAN, 4 Jun – “Pada tahun ini kita telah berjaya mengumpulkan sumbangan berjumlah RM 13,500 dan disalurkan dalam bentuk barangan keperluan dapur serta wang tunai kepada sejumlah 95 keluarga asnaf di sekitar kawasan Tanjung Lumpur dan Bukit Setongkol.

“Jumlah yang terkumpul ini sebahagiannya disumbangkan oleh ahli sendiri dan juga masyarakat sekitar yang prihatin terhadap golongan-golongan yang memerlukan bantuan,” ujarnya.

Demikian menurut Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kuantan, Dr Mohamad Nor Sundari ketika menyampaikan ucapan di Program Bakul Kasih Ramadan anjuran Yayasan Ikhlas dengan kerjasama Isma Kuantan, Ikatan Pengamal Perubatan dan Sains Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Aneka Jaya 35 di sini semalam.

Katanya, sebelum ini pihak Isma telah membuka peluang kepada seluruh masyarakat untuk memberikan sumbangan melalui Yayasan Ikhlas dan kesemua sumbangan tersebut telah diuruskan untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

Menurut Dr Mohamad Nor, Isma selaku pertubuhan Islam dan Melayu sederhana cuba untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat melal

ui agensi-agensinya serta memfokuskan kepada kepentingan orang Melayu dan Islam di Malaysia.

“Antara khidmat yang kita telah berikanadalah seperti sumbangan pada hari ini iaitu kepada golongan yang susah dan memerlukan bantuan serta sokongan moral untuk meneruskan kehidupan mereka.

“Disamping itu kita juga akan merangka program-program susulan seperti pemeriksaan kesihatan, program motivasi, tuisyen percuma dan lain-lain lagi kepada setiap lapisan masyarakat, ” tambah beliau.

Dalam pada itu itu, menurut beliau, program ini juga diharapkan dapat memperkenalkan kepada masyarakat tentang Isma dan agensi-agensi dibawahnya seperti Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Kelab Remaja Isma (KRIM), Biro Wanita Isma, I-Medik dan lain-lain yang sentiasa bergerak aktif mengadakan program-program yang bermanfaat untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Sementara itu, wakil Jawatankuasa KRT Taman Aneka Jaya 35, Fauzi Abdul Wahab ketika ucapan alu-aluan menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Isma kerana telah memilih KRT ini untuk bekerjasama dalam memberikan sumbangan kepada golongan asnaf di kawasan mereka.

“Kita berharap agar para penerima dapat menggunakan sumbangan ini untuk memenuhi keperluan harian mereka dan seterusnya dapat lebih fokus untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang berbaki beberapa hari lagi ini,” ujar beliau ketika menampaikan kata-kata aluan di majlis tersebut.

Program Bakul Kasih Ramadan ini merupakan program inisiatif oleh Yayasan Ikhlas bersama cawangan Isma di seluruh Malaysia pada setiap bulan Ramadan bagi menyampaikan sumbangan kepada golongan terpilih seperti fakir miskin, ibu tunggal, asnaf serta anak-anak yatim.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian