ISMA Ipoh minta kerajaan pertimbang semula pengiktirafan UEC

IPOH, 24 Julai – Melihat kepada perkembangan senario pendidikan semasa, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ipoh berharap agar pihak kerajaan tidak mengambil tindakan terburu-buru untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Kenyataan berikut ditegaskan sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu yang memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri Perak akan turut mengiktiraf UEC, selari dengan pendirian Kerajaan Persekutuan yang telah meletakkan perkara tersebut dalam manifesto mereka pada pilihan raya umum yang lalu.

Setiausaha ISMA Ipoh, Rosidi bin Shahari berkata, penelitian semula terhadap pengiktirafan ini perlu dijalankan, di samping mengambil kira pandangan dan pendapat tokoh-tokoh pendidikan kebangsaan yang kebanyakkannya jelas menolak perkara tersebut.

“Kita lihat ramai yang memberi respon negatif terhadap pengiktirafan ini. Jadi kita perlu teliti semula, adakah ianya bakal membawa kepada kemajuan pendidikan negara, atau sebaliknya”.

“Pihak kerajaan mesti menilai manifesto (pengiktirafan UEC) ini semula samada sesuai untuk dilaksanakan atau tidak. Ini sangat bertepatan dengan saranan YAB Perdana Menteri sendiri bahawa manifesto bukan kitab suci yang wajib ditunaikan, tetapi hanyalah sebagai garis panduan” ujarnya lagi.

Tambah Rosidi, setiap perkara yang dijanjikan dalam manifesto perlulah disejajarkan dengan kerangka susuk tubuh negara, dan bukannya dijalankan tanpa kajian yang menyeluruh.

Mengulas lanjut berkenaan isu sensitiviti kaum yang berkecil hati terhadap bantahan pengiktirafan ini, Rosidi menyatakan bahawa adalah tidak wajar perkara ini dijadikan alasan.

Ini kerana, pengiktirafan ini telah secara langsung mengganggu sistem pendidikan aliran perdana di negara ini yang majoriti rakyatnya adalah berbangsa Melayu, justeru, mereka mempunyai hak untuk tidak bersetuju.

Selain menjaga sensitiviti kaum minoriti, pihak kerajaan juga perlu mengambil kira sensitiviti kaum majoriti negeri ini, katanya.

“Pengiktirafan UEC ini nanti dilihat bakal memecah belahkan keharmonian kaum sedia ada dalam negeri ini. Jadi adalah tidak patut untuk dilaksanakan kerana ini bertentangan dengan hasrat Tuanku Sultan Perak yang mengharapkan apa sahaja tindakan kerajaan mestilah tidak menimbulkan perpecahan kaum” tegasnya.

 

Oleh: Nor Liyana binti Mohamad Rosly

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian