ismakualaterengganu

Liberalisme simbolik kebencian terhadap Islam

Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi ALOR SETAR, 29 Julai – Fahaman liberalisme merupakan natijah kepada kebencian terhadap syariat Islam dan berpa...

Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi

ALOR SETAR, 29 Julai – Fahaman liberalisme merupakan natijah kepada kebencian terhadap syariat Islam dan berpaksikan semata-mata kehendak rakyat berasaskan logik akal.

Setiausaha Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, sejarah terciptanya fahaman liberalisme ini bermula apabila rakyat menolak institusi agama semasa Zaman Gelap di Eropah.

“Memang rakyat Eropah pada Zaman Gelap menolak sekeras-kerasnya institusi gereja yang dikuasai paderi kerana pemimpin agama Kristian ketika itu menolak sebarang idea-idea pembaharuan dalam kehidupan terutamanya melalui ilmu sains.

Namun ujarnya, umat Islam masa kini kena jelas bahawa ajaran Kristian yang diamalkan pada ketika itu telah pun diseleweng semenjak kewafatan Nabi Isa a.s.

Kejayaan menjatuhkan institusi gereja yang telah sedia terseleweng itu menatijahkan fahaman liberalisme yang bererti kebebasan daripada agama.

“Berbanding masa kini, kita kena faham bahawa Islam ialah agama yang sempurna dan tidak pernah berubah sejak dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Jelasnya lagi, sekiranya umat Islam sendiri tunduk kepada fahaman liberalisme ini, bererti kita menolak ajaran Islam yang telah kita anuti sejak bergenerasi.

Ustaz Mohd Hazizi berkata demikian dalam Kuliah Dhuha bertajuk “Kenegaraan Malaysia: Antara Islam dan Liberalisme” di Masjid Al-Hasanah di Mergong, baru-baru ini.

Sumber

Related

TERKINI 2528169566267896039

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item