Pemuda Isma Gombak Bantah Kemasukan Radiohead

YB Permatang Pauh dalam siaran akhbar baru ini menyatakan keinginan beliau untuk membawa kumpulan rock, Radiohead (umum mengetahui pendirian mereka yang pro Israel) ke Malaysia. Kata beliau, ini merupakan sebahagian janji yang ingin ditepati pasca kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU14 baru ini.

Kami di Pemuda ISMA Gombak membantah keras usaha YB Nurul Izzah membawa anasir hedonisme barat ke dalam negara ini. Kemenangan Pakatan Harapan baru ini sepatutnya diisi dengan lebih baik, agar membina dan meneguhkan jati diri remaja dan pemuda Malaysia. Selari dengan terma yang digunakan iaitu Malaysia Baharu. Baharu dalam erti kata perlulah lebih baik dari sebelumnya terutama dalam pembangunan sosial masyarakat

Penganjuran konsert ini hanyalah satu pembaziran dan tidak membawa manfaat yang baik dalam pembangunan modal insan.

Selain itu, di kala Gaza sedang diserang, umat Islam dibom dan dibunuh, amatlah tidak sensitif  jika kita sebagai umat Islam menjemput sebuah kumpulan yang Pro Israel datang untuk berhibur dalam sebuah konsert. Perjuangan kita untuk Palestin adalah usaha berterusan, bukan sekadar bermusim.

Kami juga menyeru YB Nurul Izzah dan rakan rakan untuk lebih memfokuskan usaha untuk memenuhi manifesto lain yang jelas membawa manfaat kepada rakyat Malaysia. Sebagai contoh, penurunan kos sara hidup.

Diharapkan YB Nurul Izzah dapat mempertimbangkan kembali hasrat beliau untuk menganjurkan konsert ini.

 

Muhammad Aminuddin Ishak
Aktivis Pemuda ISMA Gombak

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?