Sambutan Hari Raya ISMA Kota Bharu dapat Sambutan Hangat

Kota Bharu, 7 Jun 2018 – Kemeriahan aidilfitri dapat diraikan bersama dengan hadirin berjumlah kira-kira 400 orang pada hari ini di Dewan Dato’ Isahak, Kota Bharu, Kelantan. Sambutan hari raya aidilfitri ini adalan anjuran ISMA KB dengan kerjasama Yayasan Ikhlas, iMedik Kelantan, iGuru Kota Bharu, Pemuda Kelantan, BKM, Wanita ISMA, Pembina, KRIM dan NAZIM.

Majlis dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Naib Presiden 1 ISMA. Antara ucapan beliau, umat Islam seharusnya terus fokus bersemangat walaupun sudah masuk bulan Syawal. Peristiwa kebangkitan Melayu di Perak menentang British pada ketika dulu berlaku dalam bulan mulia ini, menunjukkan perjuangan diteruskan juga setelah melalui bulan Ramadhan.

Tambahan beliau “Masyarakat kini telah mula celik dengan kebenaran seruan Isma selama ini berkenaan kebenaran ancaman kristianisasi, Comango, LGBT dan sebagainya”. Beliau mengajak kita agar tidak berputus asa menentang anasir-anasir yang menggugat agama Islam.

Turut hadir memeriahkan majlis YDP ISMA Kota Bharu dan Pasir Puteh, pengerusi YADIM Pantai Timur, MACMA, Imam Masjid Telipot, wakil Masjid Lundang, Masjid Qudus, Pengetua SMKA Wataniah dan lain-lain lagi.

Di samping makanan yang pelbagai, para tetamu juga disajikan dengan persembahan nasyid kumpulan Soutul Ikhwan dari Sekolah Menengah Tengku Panglima Raja, Pasir Mas.

Pesilat dari Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kelantan telah mempamerkan persembahan bertenaga, diikuti beberapa persembahan yang lain. 

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian