ismakualaterengganu

Dah namanya lelaki, buat apa masuk tandas wanita?

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk mengajar golongan bekas Mak Nyah di satu kawasan di bandar...

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk mengajar golongan bekas Mak Nyah di satu kawasan di bandar Kuantan. Pengajian berjalan seperti biasa, ada di kalangan mereka membaca Iqra’ dan ada di kalangan mereka yang sudah pandai membaca Al-Quran.

Kelas ini bukan setakat menumpukan kepada golongan bekas Mak Nyah sahaja, bahkan bagi kaum ibu juga untuk belajar menguasai bacaan ayat suci Al-Quran.

Secara kebetulan, ada di kalangan bekas Mak Nyah yang pandai membaca ayat suci Al-Quran dan ketika itu beliau membaca awal surah Al-Imran, Ayat 1 hingga 9 (jika saya tidak silap). Bacaannya sangat baik dan lancar. Selesai mendengar bacaannya, saya tertarik untuk memetik akan satu firman Allah dalam surah Al-Imran Ayat 8 :

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

‎(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (Ali Imran: Ayat 8)

“Ini adalah satu doa yang sangat sesuai diamalkan untuk kita semua agar kita sentiasa tsabat setelah diberi hidayah oleh Allah,” jelas saya kepada pelajar pada ketika itu.

“Ustaz, doa ini kalau tak hafal, boleh ke baca dalam Bahasa Melayu?,” salah seorang dari mereka bertanya.

“Boleh, Allah Maha Mengetahui,” balas saya kembali.

Selesai sahaja kelas, kami dihidangkan dengan juadah yang sangat enak. Ketika sedang sibuk menjamah makanan, saya mengambil peluang untuk berkomunikasi dengan mereka berkaitan isu “Keliru Jantina” pada bekas “Mak Nyah” yang sekarang ini sedang hangat diperkatakan dan diperjuangkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Antara soalan yang saya utarakan pada mereka ialah, “Adakah kita setuju bahawa tandas wanita digunakan oleh golongan tersebut?”.

“Dah nama jantan, kenapa nak masuk tandas perempuan? Kalau malu jadi Mak Nyah, kenapa nak jadi Mak Nyah?.

“Isu ini kita boleh nampak Islam diperkotak-katikkan, jika benar nak bantu Mak Nyah diterima oleh masyarakat, buatlah program agama supaya mereka kembali pada jalan Islam yang sebenar, bukan nak iktiraf dosa yang mereka buat.

“Mereka (Mak Nyah) akan diterima masyarakat kalau mereka nak berubah, bukan berubah main-main sebab mati tu bila-bila je ustaz,” jawab mereka dengan tegas.

Terpegun dengan jawapan mereka, dan bisik dalam hati semoga Allah beri ganjaran syurga buat mereka dan moga Allah tsabatkan hati mereka akan hidayah seperti mana yang disebutkan di dalam Surah Al-Imran Ayat 8 tersebut.

Semoga usaha untuk membantu golongan yang berhijrah ini berkekalan sehingga bila-bila. Allahumma Aamiin.

**Maaf gambar mereka saya kaburkan untuk menjaga peribadi mereka dengan sebaiknya. Dan program ini bukan saya seorang sahaja yang bersama dengan mereka, sahabat-sahabat saya juga giat membantu agar mereka kembali kepada tujuan asal fitrah manusia.

Alhamdulillah, sudah 2 tahun saya bersama dengan mereka. Banyak kisah yang saya dapat dengar tatkala bersama dengan mereka.

Moga Allah redha usaha ini.

Hamba Allah,

Fadhlullah Hilmi

Ahli,

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)

Cawangan Kuantan

Sumber

Related

TERKINI 5026425456653588233

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item