ismakualaterengganu

LGBT: Pintu Taubat Sentiasa Terbuka – YDP Isma Hulu Langat

Orang bertanya apakah jalan penyelesaian terhadap isu LGBT? Sekurang-kurangnya pihak Menteri sudah mengadakan pertemuan dengan Nisha Ayob, ...

Orang bertanya apakah jalan penyelesaian terhadap isu LGBT? Sekurang-kurangnya pihak Menteri sudah mengadakan pertemuan dengan Nisha Ayob, seorang aktivis Transgender.

Pertamanya, masyarakat harus faham bahawa aktiviti Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) ini ditegah agama dan bertentangan dengan norma dan budaya ketimuran. Namun begitu, aktiviti kumpulan ini telah merebak dengan dahsyat ke negara-negara timur termasuk Malaysia. Mereka berusaha keras melobi agar kewujudan mereka diiktiraf seperti orang lain atas nama hak asasi manusia.

Kedua, seruan hak LGBT sebelum ini telah didokong oleh Coalition Malaysian NGO (COMANGO) yang antara penggeraknya ialah Ambiga, Marina Mahathir dan Maria Chin. Walaupun pahit, kita perlu menerima hakikat bahawa sekarang ini mereka adalah sebahagian daripada kerajaan yang mempunyai kuasa untuk menggubal polisi dan undang-undang.

Ketiga, kuasa luar Barat seperti Amerika juga memberikan pengiktirafan tinggi kepada pejuang sosial Transgender seperti Nisha Ayob ini. Untuk apa? Sudah dimaklumi bahawa Amerika adalah negara yang menjuarai projek Muslim Moderat ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

Menurut projek Muslim Moderat tajaan Amerika, negara-negara islam seperti Malaysia akan diiktiraf sebagai moderat jika bertepatan dengan piawaian seperti yang digariskan oleh RAND Corporation di mana salah satunya ialah hak LGBT.

Oleh itu, jelas atau tidak kaitan antara tuntutan LGBT dan kehendak Barat atas dunia Islam?

Kelima, pengakuan mereka yang terjebak dengan aktiviti LGBT ini, terutamanya transgender, biasanya mereka akan menyesali perbuatan mereka setelah sedar dan mereka akan bertaubat.

Mereka yang menuntut hak supaya diiktiraf adalah mereka yang begitu tegar dengan aktiviti songsang dan seronok menjalani kehidupan jijik itu sebagai pemuas nafsu. Hidup mereka hanya demi wang ringgit dan nafsu serakah. Lebih parah lagi apabila kehidupan songsang mereka ini semakin diterima seolah-olah menjadi suatu kerjaya.

Tidak mungkin golongan songsang ini mampu kekal sekiranya masyarakat menolak aktiviti tersebut dengan tegas tanpa apologetik. Mereka pasti tidak berani muncul di tengah-tengah masyarakat jika tiada pengiktirafan buat mereka.

Kita tidak bercerita tentang hak mereka yang memang telah lembut sejak lahir. Kita tidak bercerita tentang hak kemanusiaan mereka. Kita tidak bercerita tentang mereka yang menjaga batas-batas agama walaupun digelar manusia lembut. Untuk golongan ini kita berikan hak sewajarnya.

Yang kita tolak adalah pengiktirafan kepada komuniti Transgender yang terancang dan didalangi oleh kuasa besar untuk menonjolkan diri seolah-olah berkata kepada masyarakat bahawa hak songsang mereka harus dihormati kerana mereka juga manusia yg miliki naluri seks songsang. Terimalah mereka seandainya jika mereka ingin menjadi Gay, mengamalkan Lesbian, Bisexualiti dan Transgender.

Kemunculan Nisha Ayob dalam majlis yang diberi liputan meluas adalah satu pengiktirafan dan penonjolan.

Saya berpandangan ucapan kita seharusnya lebih tegas. Kita harus menolak aktiviti LGBT dalam negara. Usaha-usaha mempromosikan diri dan mencari pengiktirafan tidak boleh diterima sama sekali. Bahkan komuniti (songsang) ini tiada tempat dalam masyarakat yang menjadikan Islam sebagai agama negara.

Mereka harus diseru supaya bertaubat sementara peluang masih ada. Masyarakat sayangkan merek yang ikhlas mencari kebenaran. Kita bencikan mereka yang sengaja mahu terus hidup dalam keadaan songsang.

Ramai yang sudah insaf. Nisha Ayob dan yang seangkatannya perlu kembali bertaubat. Kalau ditanyakan apa inisiatif kita, maka saya katakan agar mereka segera bertaubat!

Mohd Noor Azib bin Asmangi

Yand Di Pertua

Isma Hulu Langat

Sumber

Related

TERKINI 1577707130310712264

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item