ismakualaterengganu

PAK CIK DOLLAH SANI: KELUARGA CONTOH

Dalam mengorak arus masa kini, tidak dinafikan pembinaan keluarga yang sempurna dari segenap aspek termasuk dunia dan akhirat sangatlah per...

Dalam mengorak arus masa kini, tidak dinafikan pembinaan keluarga yang sempurna dari segenap aspek termasuk dunia dan akhirat sangatlah perlu dititikberatkan. Hal ini kerana keluarga yang cemerlang akan melahirkan generasi yang seimbang dari aspek rohani, jasmani dan pencapaian.

Oleh yang demikian, pada program Jalinan Ukhuwwah anjuran Biro Luar Negara Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Pak Cik Dollah Sani selaku mantan YDP ISMA Shah Alam telah dipilih sebagai salah sebuah keluarga angkat para mahasiswa luar negara yang menyertai program ini.

Seramai 7 orang peserta telah terpilih untuk terpilih untuk tinggal bersama keluarga pak cik Dollah Sani pada program ini. Pak cik Dollah Sani sekarang bekerja sebagai seorang usahawan dalam bidang pembinaan. Kebanyakan anak beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam dalam pelbagai bidang.

Namun apa yang lebih menarik, beliau tidak pernah memaksa anak-anak beliau untuk mengambil bidang yang tidak diminati mereka.

Apa yang lebih mengagumkan, isteri pak cik Sani hanyalah seorang suri rumah yang sepenuh masa bertanggungjawab menjaga kebajikan anak-anak.

Kami turut tertarik dengan penyediaan ruangan khas untuk solat dan juga ruang bacaan yang dipenuhi dengan buku-buku agama dan pelbagai lagi. Melihat suasana ini, kami yakin keluarga beliau sangat menitikberatkan pendidikan agama dan akhlak di rumah.

Selain itu juga, pak cik Dollah sempat memberikan kepada kami beberapa pesanan yang sangat berguna. Antaranya ialah beliau berpendapat bahawa para pemuda khususnya yang terlibat dalam jemaah dan dakwah perlu sedar bahawa jalan perjuangan pada hari ini semestinya akan lebih mencabar dan berliku.

Beliau turut mengingatkan kami mengenai kepentingan untuk memilih gerakan ataupun jemaah yang berprinsip dan membawa matlamat yang jelas. Beliau turut berharap agar kami terus istiqamah dalam jalan dakwah ini.

Kesemua peserta pada program keluarga angkat bersama pak cik Dollah Sani menerima layanan yang sangat mesra dari ahli keluarga mereka. Selain dijamu dengan minum petang dan makan malam, pak cik Dollah Sani turut memberikan hidangan istimewa buat anak-anak angkat beliau iaitu buah durian.

Pengalaman bersama pak Cik Dollah Sani amatlah berharga buat semua ahli ISMA yang menyertai program kali ini. Hal ini telah membuka mata kami, bahawa keluarga yang bahagia ialah keluarga yang seimbang dari segi ilmu dunia dan akhirat. Kepentingan menyertai gerakan yang mempunyai matlamat yang jelas sangatlah penting bagi memastikan seseorang individu untuk mematikan untuk sentiasa istiqamah dalam jalan perjuangan ini.

Kami doakan semoga keluarga Pak Cik Dollah Sani sentiasa diberikan rahmat dan terus teguh dalam jalan perjuangan ini. Semoga silaturahim ini akan terus terjalin.

Sumber

Related

TERKINI 4742082702164559257

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item