Pemuda Kota Bharu Anjur Liga Komuniti

KOTA BHARU, 23 September. Liga Komuniti ISMA Kota Bharu (LKIKB) bagi tahun 2018 telah dirasmikan oleh YDP ISMA KB, Ust Abdul Rahman Iskandar di pejabat ISMA KB semalam. Liga ini adalah anjuran ISMA KB yang diuruskan oleh Pemuda ISMA KB dengan  mendapat sokongan penuh daripada Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. 

Sebanyak 24 kelab bola sepak dari segenap negeri Kelantan telah menyertai liga ini seperti daerah Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Pasir mas, Rantau Panjang, Machang, Kuala Krai dan Pasir Puteh. Menurut pengurus LKIKB, sambutan sangat menggalakkan sehinggakan pendaftaran penuh dalam masa satu hari pengiklanannya.

Terdapat beberapa kelab bola sepak yang masih menunggu peluang untuk dipanggil turut serta sekiranya terdapat kumpulan yang menarik diri. Hal ini menggambarkan sangat banyak kelab bola sepak di Kelantan yang berminat dengan liga seperti LKIKB ini.

Kehadiran seramai 20 wakil pasukan daripada 24 penyertaan semasa majlis perasmian dan undian di pejabat ISMA KB semalam juga menunjukkan komitmen yang tinggi diberikan dalam menjayakan liga ini.

ISMA KB turut mendapat pujian daripada pengurus-pengurus pasukan yang hadir apabila rata-rata di kalangan mereka memuji proses pengurusan dan pengendalian liga yang profesional. “Saya yakin ISMA KB mampu menganjurkan perlawanan liga ini dengan baik dengan melihat proses taklimat dan undian ini berjalan lancar dan jayanya”,  ujar Pakchu, pengurus Tunas Kelantan FC.

LKIKB akan membuka tirainya pada hujung bulan Oktober ini yang mana perlawanan sulung melibatkan pasukan penganjur ISMA KB FC akan bertemu dengan FKSTB2 FC di Padang SMK Mahmud Mahyidin. Dijangka liga ini akan berlangsung lebih daripada sebulan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian