Walkathon Kemuncak Cabaran 3 Minggu
13 Oktober, Pantai Dalam – Walkathon yang berlangsung di Pantai Eco Park Sabtu lalu merupakan kemuncak bagi Cabaran Berjalan Kaki yang telah berlangsung selama tiga minggu berturut-turut bermula dari 22 September 2018. Peserta perlu mengumpulkan jumlah langkah harian selama tiga minggu dengan menggunakan aplikasi pintar masing-masing dan menghantar laporan kepada urusetia setiap minggu. Cabaran tersebut mempunyai dua kategori iaitu kategori terbuka wanita dan kategori ibu-ibu. Kategori terbuka wanita, diungguli oleh Cik Nur Farehan yang telah mengumpul jumlah jarak berjalan kaki sebanyak 97.97km. Beliau yang telah mencabar diri sendiri dengan pulang ke rumah setiap hari selepas kerja dengan berjalan kaki daripada menaiki bas. Ini bukan semata kerana cabaran Walkathon, tetapi beliau telah melaziminya beberapa bulan sebelum ini untuk mencapai kearah hidup yang lebih sihat. Program walkhaton ini telah membuka ruang baginya untuk berkongsi semangat bersama wanita yang lain. Ujar Fareha...