ismakualaterengganu

Pasca KONWANIS : Peserta OKU Turut Merasa Impaknya

KUALA LUMPUR, 29 Sept- Meskipun setelah hampir sebulan berlalu, namun kehangatan Konvensyen Wanita Islam Nasional (KONWANIS) masih terasa. ...

KUALA LUMPUR, 29 Sept- Meskipun setelah hampir sebulan berlalu, namun kehangatan Konvensyen Wanita Islam Nasional (KONWANIS) masih terasa. Pengisiannya yang begitu padat diselangi dengan slot selari menjadikan konvensyen yang berjalan selama sehari itu benar-benar padat dengan ilmu dan tip yang berguna buat para wanita.

Norhidayu bt Mohd Yusuf, peserta dari Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) yang merupakan salah seorang peserta kelainan upaya berkata, beliau amat bertuah dapat hadir je KONWANIS kerana ilmu dan pengisiannya memang sangat sesuai buat wanita yang kini sering menghadapi pelbagai cabaran dan ujian.

“Walaupun tidak berkesempatan untuk ke slot selari yang berlangsung di dewan lain akibat kekangan pengihatan, bagi saya slot di dalam dewan utama sudah cukup menarik dan padat dengan ilmu. Paling saya suka ialah slot bertajuk ‘Otak Perempuan, Otak Power’ kerana banyak input yang sangat berguna lebih-lebih lagi dalam menjaga kesihatan otak dengan betul”, katanya lagi.

Selain beliau, KONWANIS pada tahun ini benar-benar memberi impak yang sangat besar kepada semua peserta yang hadir seramai 3000 orang dari seluruh Malaysia termasuklah Brunei dan Indonesia. Moga KONWANIS akan datang bakal menerima kehadiran yang lebih ramai dari tahun ini.

Ayu Mardiana Azizi
ISMA Kuala Lumpur

Sumber

Related

TERKINI 1927736214516123396

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item