Kembangkan potensi remaja mengikut acuan Islam – KRIM Kuantan
Oleh Norfadilah Hilmi KUANTAN, 28 Nov. – Setiap remaja ada potensi untuk dikembangkan kerana mereka inilah generasi pemimpin masa depan yang perlu dibentuk mengikut acuan Islam. Setiausaha Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) cawangan Kuantan, Rosazura Jasmi berkata, jiwa seorang remaja pada zaman moden ini perlu diraikan tetapi mestilah mengikut acuan Islam seperti hiburan, sukan dan sebagainya. “Dalam Islam ada hiburan yang dibenarkan tetapi ia janganlah sampai melalaikan dan perlu memberi kesan positif kepada jiwa remaja seperti lagu berkonsepkan ketuhanan dan kerohanian. “Melalui aktiviti sukan pula, kita boleh didik mereka supaya bersukan dengan menutup aurat secara sempurna dengan tidak memakai seluar pendek bagi pelajar lelaki untuk permainan bola sebagai contoh,” jelas beliau ketika ditemui di program Kem Ibadah anjuran Sekolah Menengah Sungai Isap Murni (SEMURNI) di sini baru-baru ini. Sementara itu, Dr. Mohamad Aiman Mohd Radzman, salah seorang fasilitator semas...