Guna Kehebatan Sains Dekatkan Diri Kanak-Kanak Dengan Pencipta, Tolak Pengaruh Atheisme

Oleh Norlia Binti Salleh

Kota Samarahan,  10 Disember 2018 – “Al Quran dan Sains, sangat berkait rapat. Sains yang hari ini dibuktikan melalui pelbagai eksperimen dan kajian, sebenarnya telahpun disebut dalam Al Quran beribu tahun dahulu.” Demikian kata Jamaliah bt Lani dalam pengisiannya yang bertajuk ‘Al Quran dan Sains’ semasa Program Cuti Sekolah anjuran Kelab NAZIM Samarahan baru-baru ini.

Tambahnya lagi, semuanya telahpun disebutkan dan dibuktikan dalam Al Quran. Tinggal sahaja lagi untuk kita percaya ataupun tidak. Kebanyakkan kita pada hari ini malas untuk berfikir dan meneliti bukti-bukti yang telah ditunjukkan. Malah menyalahkan ilmuwan dan ulama tidak menjalankan tanggungjawab. Sepatutnya, kitalah yang perlu mendekati para ilmuwan dan ulama untuk menuntut ilmu yang diperlukan.

Seorang dari ibu peserta yang terlibat turut memberikan komen yang positif berkenaan program yang telah dijalankan. “Anak-anak sangat seronok. Seusai pulang dari program, mereka bercerita kepada saya apa yang mereka lakukan semasa program dan berkongsi ilmu yang mereka dapat. Terima kasih kepada pihak penganjur!”

“Kita khuatir akan virus ‘atheisme’ atau fahaman menolak kewujudan Tuhan yang semakin berleluasa mutakhir ini. Kita harus terapkan kehidupan mentauhidkan Allah sejak kecil. Dan salah satu caranya adalah dengan menunjukkan kekuasaan-Nya, melalui aktiviti eksperimen sains” ulas Ketua Biro Dakwah ISMA Samarahan, saudara Rasheedan Ellin.

Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa program ini adalah senaman ringan sebelum memulakan aktiviti, ceramah bertajuk Al Quran dan Sains, solat sunat Dhuha, slot Explorace yang mendedahkan peserta kepada bukti-bukti sains yang ada dalam Al Quran, slot Masjid Idamanku dan terakhir sekali adalah simulasi Letusan Gunung Berapi.

Turut hadir pada program tersebut adalah Ustazah Nuraini Mohd Salleh, Pengerusi Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM), Cikgu Raja Nurul Huda Raja Ibrahim, Ketua Kelab NAZIM Samarahan dan Norezeti Paiman, Penolong Setiausaha Kelab NAZIM Samarahan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian