ISMA Alor Setar tekad tegakkan keadilan buat Adib

 

Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi

TEBENGAU, 26 Disember 2018 – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Alor Setar bertekad untuk menegakkan keadilan buat Allahyarham Muhammad Adib bin Mohd Kassim, Pegawai Bomba Kanan II yang meninggal dunia akibat kejadian rusuhan ketika bertugas di Kuil Sri Mahariamman, Subang Jaya, bulan lalu.

Ini ditegaskan oleh delegasi ISMA Alor Setar yang menziarahi keluarga allahyarham di Kampung Tebengau, semalam.

Antara yang hadir dalam sesi ziarah ialah Naib Yang Dipertua ISMA Alor Setar, Tuan Guru Haji Abdul Fisol Mohd Isa dan isteri, Ustazah Hajah Junainah bt Jaafar.

Turut sama dalam sesi kunjungan itu ialah Pengerusi Yayasan Ikhlas, Dato’ Rosli bin Mohd Ramli dan isteri, Datin Asmahan Zaidon serta Pengurus Besar Yayasan Ikhlas, Ir Kamaruddin Kasim dan isteri.

Di akhir sesi pertemuan, Dato’ Rosli mewakili Yayasan Ikhlas memberi sedikit sumbangan kewangan kepada keluarga allahyarham.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian