ismakualaterengganu

Nazim Kuantan sasarkan anak-anak hebat dalam semua aspek kehidupan

Oleh Shuhaimi Shaedon KUANTAN, 30 Nov. – “Kelab Anak-anak Hebat (Nazim) mensasarkan untuk menjadikan anak-anak ini hebat bukan sahaja di da...

Oleh Shuhaimi Shaedon

KUANTAN, 30 Nov. – “Kelab Anak-anak Hebat (Nazim) mensasarkan untuk menjadikan anak-anak ini hebat bukan sahaja di dalam pelajaran bahkan semua aspek kehidupan terutama dari segi kerohanian ataupun spiritual.

“Anak-anak kita ini merupakan bakal pemimpin yang akan menerajui kepimpinan negara di masa hadapan.

“Sebab itulah ia diletakkan di antara fokus utama di dalam Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) untuk mentarbiyah anak-anak supaya memiliki jatidiri muslim yang sebenar di dalam diri mereka melalui proses tarbiyah yang akan dilalui,” katanya.

Demikian menurut Ketua Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Isma Kuantan, Ustazah Salwana Abd Razak ketika menyampaikan ucapan aluan di Majlis Apresiasi Nazim Kuantan di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, selain memfokuskan program tarbiyah kepada anak-anak, Isma melalui BKM juga berperanan untuk memberi input kepada para ibu dan bapa dalam membentuk keluarga menurut syariat Islam.

“Seminar Keluarga Mukmin sebagai contoh, adalah antara program tahunan yang telah dirancang khusus untuk mereka menimba sebanyak mungkin ilmu keibubapaan bagi memberikan pendidikan yang sebaik-baiknya untuk anak-anak,” jelasnya.

Majlis Apresiasi ini diadakan khas bagi menghargai usaha ibu-bapa dan meraikan kejayaan anak-anak yang telah merangkul banyak kejuaraan di Festival Nazim Zon Pantai Timur yang berlangsung di Terengganu sebelum ini.

Ustazah Salwana ketika mengakhiri ucapan mengharapkan agar semua anak-anak Nazim boleh menjadi lebih hebat dan cemerlang pada masa akan datang dengan kejayaan yang mereka peroleh ketika ini.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa majlis tersebut adalah bacaan tilawah Al-Quran oleh ahli Nazim iaitu adik Adam Haikal, tayangan video rangkuman aktiviti Nazim Kuantan sepanjang 2018, penyampaian sijil penghargaan serta jamuan makan.

Sumber

Related

TERKINI 8044017313179366519

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item