ISMA komited bina mahasiswa beragenda

Oleh: Fauzan Azimi

BANGI, 21 Januari – Akademik bukan lagi satu-satunya ukuran untuk mahasiswa mendapat tempat dalam dunia pekerjaan. Tanpa nilai tambahan, CGPA yang tinggi tidak mampu membuatkan seseorang mahasiswa diambil kerja.

Sepertimana yang dikatakan oleh Tuan Haji Aminuddin, Presiden ISMA pada hari terakhir program RIJAL, mahasiswa luar negara seharusnya mengambil peluang masa lapang yang ada untuk membina sebanyak mungkin hubungan dan kerjasama dengan masyarakat tempatan negara tersebut.

Tambah Tuan Presiden, mahasiswa luar negara perlu perbanyakkan diskusi ideologi bersama aktivis tempatan supaya kita dapat memahami kerangka pemikiran mereka dan ketengahkan fikrah Islam yang sebenar.

Hal ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada mahasiswa itu sendiri, malah dapat menjayakan agenda ISMA untuk meluaskan pengaruh ke seluruh pelosok dunia.

Dengan kerjasama Biro Luar Negara (BLN) ISMA, ISMA Australia dan ISMA New Zealand, 48 aktivis luar negara telah menyertai program RIJAL yang berlangsung selama 3 hari.

Dengan memfokuskan pembentukan jati diri pemuda melalui 5 aspek iaitu: keboleh memulih, berpengaruh, ceria, bercita-cita tinggi dan keboleh memimpin (atau dalam Bahasa Inggeris disebut ‘revive, influence, joyful, ambitious dan lead’), pelbagai aktiviti yang membina telah dilalui.

Antaranya aktiviti yang dilakukan oleh peserta RIJAL bersama Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) adalah program “Eksplorasi Muslim Remaja Hebat”, yang disertai 97 orang remaja dan kanak-kanak dari PPR Seksyen 15.

Melalui aktiviti ini, peserta RIJAL sebagai penggerak program tersebut sedikit sebanyak melatih diri mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat dan bermanfaat kepada orang lain.

Selain itu, peserta RIJAL diberikan pengalaman menunggang kuda di Kelab Berkuda AlHeyzum. 

Semoga lebih ramai lagi pemuda-pemudi tergolong dalam golongan yang dikagumi Allah SWT, iaitu mereka yang jauh daripada sifat ‘shabwah’ sepertimana tertulis dalam hadis Rasulullah SAW.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian