Pemuda Ipoh tawan Gunung Semanggol
Oleh Muhammad Nasrulazam Bin Nazri
IPOH, 7 Jan– “Misi Ghabat Gunung” merupakan sebuah program riadah bulanan anjuran Pemuda Isma Ipoh yang bertemakan pendakian gunung secara berkumpulan. Gunung terbaru yang telah ditawan tempoh hari adalah Gunung Semanggol, Perak.
Objektif utama program ini adalah untuk melatih ketahanan mental dan fizikal setiap peserta, di samping mengeratkan ukhuwwah yang melibatkan pelbagai peringkat usia.
“Walaupun penat, tetapi saya puas bila dapat melihat keindahan pemandangan daripada puncak gunung ini. Terasa kebesaran Allah yang menciptakan seluruh alam,” ujar Muhammad Hazim bin Mohd Najib, salah seorang peserta misi kali ini.
Menurutnya lagi, program sebegini adalah sangat baik dan perlu diteruskan lagi pada masa akan datang.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan