Sukatan pelajaran agama di sekolah masih banyak kelompongan

BATU PAHAT, 29 Disember – “Saya yakin dan percaya sukatan pembelajaran agama di sekolah pada hari ini masih terdapat kelompongan dan perlu diperkasa. Kehadiran Kelab anak-anak Hebat (NAZIM) cawangan Batu Pahat banyak membantu dalam pemantapan jati diri anak-anak selain apa yang diajar di sekolah dan di rumah bagi menghadapi realiti negara pada hari ini, yang terpaksa berhadapan dengan arus liberalisasi,” kata Dr. Muhammad Rusydi Muhammad Razif, Setiausaha ISMA Batu Pahat.

Menurutnya lagi, agensi NAZIM banyak mengadakan aktiviti bermanfaat dalam membangunkan kanak-kanak yang berusia 7-12 tahun terutama dalam penyerapan akidah.

“Mengikut rekod semasa, Nazim pada tahun ini cemerlang dari sudut penyertaan kanak-kanak di sekitar Batu Pahat untuk menyertai program-program bulanan secara berkala dengan keahlian baru pada tahun ini sehinga mencecah 130 orang.

“Ini secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah dan peribadi kanak-kanak yang sangat penting pada hari ini,” tambahnya ketika menghadiri Permukiman ISMA Batu Pahat 2018 di Pejabat ISMA Batu Pahat baru-baru ini.

Program NAZIM yang ditekan dari pelbagai sudut mampu menggilap potensi anak-anak menjadi seorang yang berfikiran kreatif dan kritis, berani kedepan dan memiliki sifat kepimpinan. Ini secara tidak langsung melahirkan insan yang mampu berdaya saing dengan cabaran di masa hadapan.

Tambahan pula, sokongan daripada ibu bapa dan masyarakat setempat terhadap program ini juga amat menggalakkan. Tidak dinafikan, slot aktviti seperti Hufaz Cilik dan Saintis Cilik yang telah diadakan di sekitar Batu Pahat baru-baru ini berjaya menarik banyak penyertaan dan minat dari ibu bapa peserta.

Sehubungan itu, ibu bapa yang ingin mendaftar anak-anak mereka sebagai ahli Nazim Batu Pahat dan kepada sesiapa yang berminat menjadi sukarelawan boleh hubungi Cik Sabrina ditalian 017-7960884.

Muhammad Zaki Bachok

Wartawan

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?