Nilai 8S menjadi paksi ISMA Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 9 Feb – Sempena Mesyuarat Agung Isma Kuala Lumpur yang ke-5, Dr Osman Rasip yang kekal menyandang jawatan Yang Di-Pertua Isma Kuala Lumpur untuk penggal yang seterusnya mengingatkan kembali ahli tentang isi- isi daripada Muktamar ke-5 Ikhwanul Muslimin yang disampaikan oleh As Syahid Imam Hassan Al-Banna.


Beliau merumuskannya sebagai 8S iaitu Salafiyah, Sunniyyah, Sufiyyah, Siyasah, Sihat, Saqafiyyah, Syarikat dan Sosial.

Terang beliau mengenai Salafiyah dan Sunniyyah, “Apabila berada dalam masyarakat, timbul beberapa salah faham dan fitnah tentang jemaah. As Syahid Imam Hassan Al-Banna menegaskan bahawa yang pertama, dakwah kita adalah dakwah salafiyah yang menyeru kepada Islam yang mentauhidkan Allah dengan bersumber Quran dan sunnah serta mengajak manusia mengamalkan Sunnah Rasulullah.”

“Kita juga adalah haqiqah sufiyyah yang bukan mengasingkan diri daripada masyarakat tetapi kita beramal kepada prinsip kebersihan jiwa & hati.”

“Kita juga adalah badan siyasah, yang sentiasa mengambil perhatian dalam kemaslahatan umat dengan menuntut kebaikan dalam kerajaan dan menegur kepada salah laku dan seumpamanya.”

Tambah beliau lagi ,”kita juga mementingkan kesihatan dan sukan kerana mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah. Kita juga adalah golongan saqafiyyah, bukan hanya golongan ilmuwan dan intelektual yang hanya tahu berdebat perkara khilaf tetapi golongan yang beramal dengan ilmu.”

“Manakala itu, Kita juga adalah syarikat ekonomi yang menghasilkan ekonomi daripada pelbagai sumber yang halal agar tidak menganggur dan berpeluk tubuh.”

Dan S yang terakhir sekali, “Kita adalah fikrah sosial yang untuk bermanfaat kepada masyarakat.”

Selain daripada itu, Isma Kuala Lumpur juga komited melaksanakan tanggungjawab berdasarkan gagasan yang telah digariskan oleh Isma Pusat dengan menfokuskan strategi kepada 8S, iaitu: Sumber, Sistem, Syukbah , Silah, Santuni, Siyasah, Sihat dan Siar.

Beliau mengakhiri ucapan pembukaan dengan mengingatkan kembali tentang janji Allah kepada mereka yang mewakafkan diri di jalan Allah.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian