BRIGHT STAR – Platform terbaik kenali peluang belajar ke luar negara

SHAH ALAM, 2 Mac 2019 – “I have attended all three of ISMA’s pre-university introductory programs and without a doubt, Bright Stars was the best. It was worth the money and time spent! I went to Bright Stars as a confused student, and I returned home with a new spirit and a concrete vision – Japan, here I come!”, ulas Fatimah Al-Zahra binti Azman, bekas pelajar SM Agama Persekutuan Labu yang menyertai program Bright Stars, Sabtu lepas.

Bright Stars merupakan sebuah program pengenalan pengajian ke luar negara anjuran Biro Luar Negara Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang mengetengahkan pelbagai topik bagi mempersiap peserta dalam menghadapi dunia pengajian selepas SPM khususnya untuk yang bercita-cita ke luar negara.

Program dengan kerjasama pihak pengurusan Perpustakaan Awam Raja Tun Uda (PPAS), Shah Alam telah dihadiri oleh para pelajar lepasan SPM 2018 dari seluruh negeri termasuklah ibu bapa dan penjaga pelajar.

Penganjuran kali ini turut mengetengahkan kesedaran akan masalah kesihatan mental yang banyak dihidapi oleh para pelajar pada zaman sekarang. “Apakah respon kita terhadap sahabat yang mengalami depresi? Pandang (ambil berat), dengar (mendengar luahan) dan hubungkan (bawa berjumpa doktor untuk rawatan)”, jelas Assist. Prof. Dr. Rozanizam, seorang pakar psikiatri dan pensyarah di Kuliyyah UIAM.

Turut dijalankan slot percubaan temu duga (mock interview) bagi para peserta merasai pengalaman ditemu duga dalam mendapatkan penaja pengajian. Di samping itu, terdapat pameran daripada alumni pelbagai negara seperti Australia, United Kingdom, New Zealand, Jepun dan Timur Tengah . 

Syabas diucapkan kepada jawatankuasa program dan semua individu yang bertungkus-lumus dalam menjayakan Bright Stars 2019. 

Setinggi-tinggi penghargaan juga  diberikan kepada pihak pengurusan PPAS atas kesudian menjadi penaja bersama bagi program Bright Stars tahun ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dalam melaksanakan lebih  banyak program yang berkualiti buat para pelajar di Malaysia.

 

Wannor Hanisah M. Tajudin

Biro Luar Negara cawangan Kuala Lumpur



 

 

 

 

 

 

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?