Kenyataan Media Berkenaan Hasutan Melampau YB Chew Chong Sin

1. Kita menyelar kenyataan yang terbit daripada https://m.malaysiakini.com/news/468117 oleh seorang ADUN dari parti DAP, Chew Chong Sin, yang mengaitkan pembunuhan umat islam di Christchurch dengan kerjasama antara PAS dan UMNO.

2. Kenyataan ini merupakan satu kenyataan melampau dan tidak bertanggungjawab. Ia menggambarkan sikap DAP terhadap umat islam dan orang Melayu khususnya.

3. ADUN berkenaan jelas tidak langsung sensitif terhadap perasaan umat Islam diseluruh dunia (dan khususnya di Malaysia) yang kesal dan terkejut dengan kejadian di New Zealand itu. Apatah lagi yang turut terlibat 2 orang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa keadaan.

4. Kita menuntut ADUN berkenaan memohon maaf kepada seluruh umat islam diatas keceluparan beliau serta kenyataan yang cukup merbahaya dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini.

Tn. Hj. Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
16 MAC 2019

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian