Ketuanan Islam meraikan semua bangsa

Insiden tembakan di 2 buah masjid di Christchurch yang mengorbankan 49 orang Islam, Jumaat lalu masih lagi menjadi bahan bualan dan perkongsian di laman sosial.

Dalang pembunuhan yang telah dikenalpasti merupakan individu berfahaman neo-Nazi yang mengagungkan kehebatan atau ketuanan orang-orang berkulit putih (White Supremacy).

Ketuanan Islam vs White Supremacy

Ketua Biro Tarbiah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Subang Jaya, Ustaz Azrin Shamsuddin tampil menjelaskan persamaan ketuanan orang-orang putih dengan ketuanan Islam.

Menurut Ustaz Azrin, ketuanan orang-orang berkulit putih dengan ketuanan Islam tidak ada persamaan langsung.

“Ketuanan Islam tidak menafikan kewujudan dan hak bangsa dan kaum-kaum yang lain,” jelasnya.

Dalam sejarah Islam di Madinah, umat Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi terdiri daripada berbilang kaum seperti Habsyi (Bilal bin Rabah r.a.) dan Parsi (Salman al-Farisi r.a.) serta kaum Arab yang berbilang kabilah, sehinggalah orang-orang Monggol, Turki, Cina, India dan Melayu setelah Islam berkembang keluar dari Tanah Arab.

Bangsa-bangsa lain yang beragama Islam tidak dipinggirkan dan diberi hak sebagai individu Muslim.

Mereka yang beragama selain daripada Islam juga diiktiraf sebagai warganegara selagi mereka tunduk kepada ketuanan Islam yang menjadi pemerintah negara dan perlembagaan negara.

Dalam insiden di Christchurch baru-baru ini pula, Brenton Tarrant, penembak yang berjaya ditangkap itu jelas mahu membunuh golongan minoriti di negaranya demi survival orang-orang berkulit putih. Ini jauh sekali bertentangan dengan ajaran Islam.

Konsep ketuanan Melayu

Ketuanan Melayu yang didokong oleh Isma pula adalah selari dengan konsep ketuanan Islam yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Dalam konteks Malaysia hari ini, ketuanan Melayu meletakkan orang-orang Melayu yang semestinya beragama Islam sebagai tuan tanah dan mendapat keistimewaan selayaknya sebagai penduduk asal.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, Melayu didefinisikan sebagai orang Islam. Jadi, apabila ketuanan Melayu diangkat, ketuanan Islam di Malaysia juga akan dimartabat.

Oleh:
Fakhruddin Afif Fauzi
Pengarang
ISMA Subang Jaya

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?