Penduduk Subang Jaya sokong Kempen Malaysia Negara Islam

Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi

SUBANG JAYA, 5 Mac – Kempen Malaysia Negara Islam (MNI) yang dijalankan di sekitar bandar ini mendapat sokongan penuh daripada penduduk tempatan.

Ini terbukti melalui jumlah tandatangan petisyen menyokong Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang banyak diterima setiap kali kempen lapangan dilaksanakan.

Gerak kerja lapangan yang dijalankan oleh para aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Subang Jaya tertumpu lokasi-lokasi awam seperti pasar tani dan taman rekreasi.

Antara lokasi kempen yang telah dilaksanakan ialah di tapak pasar tani pagi di Putra Heights dan Taman Rekreasi Alam Megah selain perkarangan masjid dan surau.

Selain mengumpul tandatangan petisyen, kempen juga merangkumi sesi penerangan dan kesedaran tentang betapa pentingnya penegasan semula Malaysia sebagai negara Islam.

Kempen MNI juga dilaksanakan melalui ceramah dan kuliah di masjid dan surau termasuklah Surau Ad-Din Seksyen 20, Surau Al-Madaniah USJ18, Masjid Hidayatul Muttaqin Bukit Lanchong dan Surau Ar-Rahman Taman Perindustrian Puchong.

Kemuncak kepada kempen yang berjalan serentak seluruh negara ini ialah pengumpulan satu juta tandatangan umat Islam seluruh negara untuk diserahkan bersama memorandum pernyataan hasrat rakyat  bahawa Malaysia mesti dipertahankan sebagai negara Islam kepada Yang Dipertuan Agong.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian