Ziarah Mahabbah Ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Oleh: Ahmad Hisyam Sabrani

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Kuala Lumpur (ISMA KL)  telah melakukan ziarah mahabbah ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang terletak di Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3 Putrajaya, minggu lalu.

Delegasi ISMA KL yang diketuai oleh Yang di-Pertuanya, Dr Osman bin Md Rasip disambut penuh mesra oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri.

Pertemuan penuh mahabbah yang berlangsung selama kira-kira setengah jam itu menjadi medan perbincangan yang menyentuh pelbagai isu semasa.

Dalam kesibukan jadual S.S. Dato’ Seri Mufti yang amat padat, beliau masih sudi meluangkan masa untuk memberi pandangan bernas mengenai peranan penting yang boleh dimainkan oleh NGO Islam seperti ISMA dalam isu-isu masyarakat dan agama di Malaysia.

Pada akhir pertemuan, kedua-dua pihak saling bertukar hadiah sebagai tanda peringatan dan penghargaan, dan berharap akan dapat mengadakan lagi pertemuan seumpama ini pada masa hadapan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian