Sorotan aktiviti Isma Port Dickson Februari 2019

  1. Program “Smart Circle” Nazim – Jom Riadah

11 Jamadilakhir 1440H, Ahad – Program berkala“Smart Circle” anjuran Kelab Anak-Anak Hebat (Nazim) cawangan Port Dickson kali ini telah diadakan di gelanggang futsal, Taman Politeknik Port Dickson dengan konsep “Jom Riadah”. Lebih kurang 30 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak telah hadir menyertai program pada kali ini. Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik telah diadakan seperti  senamrobik, bermain bola, dan pengisian tentang pentingnya kita menjaga kesihatan sejak dari usia kanak-kanak lagi. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk mengisi masa lapang anak-anak dengan perkara berfaedah  disamping merapatkan hubungan silaturrahim antara anak-anak Nazim. Program ini berakhir pada jam 11.30 pagi dan setiap peserta pulang dengan membawa cenderahati dari Nazim.

  1. Usrah Wanita, “Tangan yang menghayun buaian, bisa menggoncang dunia”

20 Jamadilakhir 1440H, Selasa –Usrah Wanita anjuran Biro Wanita Isma Port Dickson kali ini mengupas tajuk “Malaysia Negara Islam” oleh Ustazah Hayati Mohd Zari di kediaman Ketua Wanita Isma Port Dickson, Puan Kamaliah Abdul Hamid. Sejak awal pengenalannya, usrah wanita telah diadakan secara berkala dan konsisten dengan kekerapan sebulan sekali serta dihadiri oleh golongan wanita di sekitar Taman Intan Perdana dan Taman Politeknik. Matlamat utama penganjuran usrah wanita adalah memberi kefahaman kepada wanita supaya kembali berpegang kepada al-Quran dan Sunnah, menanam aqidah yang sahih dan mendidik wanita melaksanakan ibadah mengikut syariah serta membentuk jatidiri Islam ke dalam jiwa wanita muslim agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah musuh-musuh Islam.

Image may contain: 27 people, people smiling, indoor

  1. Kempen Malaysia Negara Islam (MNI)

22 Jamadilakhir 1440H, Khamis – Kempen Malaysia Negara Islam (MNI) Isma cawangan Port Dickson telah diadakan di Politeknik PD sempena program ‘My Best Buy” anjuran Politeknik PD. Kempen ini adalah pertama kali diadakan di kawasan PD sejak ia dilancarkan. Pada kali ini, aktivis Isma PD telah membuka booth untuk mendapatkan tandatangan dari pengunjung-pengunjung yang datang memeriahkan program hari ini. Para pengujung yang kebanyakannya terdiri dari pelajar-pelajar politeknik memberikan kerjasama yang baik dan menurunkan tandatangan tanda sokongan terhadap kempen ini. Ada beberapa objektif yang digariskan mengapa kempen ini dijalankan. Antaranya adalah memberi penjelasan kepada masyarakat mengapa perlu menolak seruan Malaysia negara sekular, Mengajak masyarakat berjuang melaksanakan kewajipan Islam dan mengajak masyarakat kembali mengenal kehebatan tamadun Melayu Islam

 

 

Biro Komunikasi dan Multimedia,
Cawangan Port Dickson

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian