KERIS ’19: Program Sentuhan Ramadhan Menyuntik Keinsafan

Oleh: Hawa Mahmood

Para peserta KERIS 2019: Sentuhan Ramadhan

Kemaman, 17 Mei : Lebih 110 peserta yang terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan empat dari sembilan buah sekolah menengah sekitar Kemaman telah menyertai Kem Eksplorasi Remaja ISLAM (KERIS) 2019: Sentuhan Ramadhan yang diadakan di Masjid Kuala Kemaman, semalam.

Kem selama dua hari satu malam itu dianjurkan oleh Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM).

Peserta KERIS bertadarus ketika masa senggang

Menurut pengarah program, En Mohd Afandi Bin Azan, selain mengajak dan memberi kesedaran kepada para remaja untuk menjadikan Ramadhan ini Madrasah Tarbiyah, program yang dijalankan ini diharap dapat menjadi wadah kepada para remaja untuk membina jati diri, sama-sama cakna dan santuni masyarakat, di samping memupuk rasa syukur di dalam diri remaja”.

“Program kali ini juga mendidik remaja untuk berbakti kepada masyarakat, bangsa dan negara seterusnya mengangkat imej positif remaja dalam kalangan masyarakat”, ucap beliau.

Peserta menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf

Adik Hakim Taqiuddin bin Muhama, salah seorang peserta dari Sekolah Menengah Sultan Ismail 2 (SID), menyatakan rasa bersyukur kerana dipilih menyertai program kali ini. “Banyak yang kami pelajari sepanjang mengikuti program ini. Program ini berjaya memupuk semangat bekerjasama dan kepimpinan dalam kalangan ahli program dan melahirkan golongan remaja yang prihatin terhadap masyarakat yang memerlukan”

Beliau yang juga telah dilantik sebagai Penghulu program, menyatakan rasa keinsafan melalui aktiviti pembersihan kubur yang mengingatkan kepada kematian, serta aktiviti pemberian bantuan kepada golongan asnaf yang mendidik jiwa supaya bersimpati kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Gotong-royong membersihkan tanah perkuburan

“Program ini berjaya menyuntik rasa keinsafan dan mendidik hati kami agar lebih bersyukur dan sentiasa bersedekah serta tidak lokek memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan. Mudah-mudahan bantuan yang diberi mampu meringankan beban dan menggembirakan hati mereka menjalani bulan ramadan dan hari raya yang akan menjelang”, ujarnya lagi.

Program Sentuhan Ramadhan ini dilaksanakan di bawah pakej Akademi Remaja KRIM (ARK) yang dijalankan serentak di seluruh negara sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?