Sihat & Cergas di Bulan Ramadan

Oleh: Siti Saleha binti Sofian Suri

BANGI, 28 April – “Puasa tidak mengurangkan produktiviti namun aktiviti dan gaya hidup kita sebelum berpuasalah yang menyebabkan produktiviti seseorang terganggu apabila berpuasa,” ulas Dr. Siti Sarah Amran, pegawai perubatan Hospital Tunku Jaafar dalam Sembang Santai: Secangkir Teh Seuntai Kasih dengan tajuk ‘Sihat & Cergas di Bulan Ramadan, di Apartmen Bangi Idaman, di sini, Ahad baru-baru ini.

“Salah satu punca gangguan produktiviti ketika berpuasa ialah kebiasaan pengambilan kafein yang tidak dapat diteruskan ketika berpuasa, menyebabkan migrain dan lain-lain,” kata beliau lagi sambil menyarankan untuk mengelakkan pengambilan kafein tersebut selain makanan bergoreng dan bergaram untuk mengelakkan kehilangan air daripada tubuh sewaktu sebelum berpuasa lagi.

Dr. Siti Sarah turut mengulas berkenaan banyaknya hikmah atau kelebihan berpuasa termasuklah pembuangan sisa toksik yang lebih cepat daripada tubuh, berlakunya proses penyembuhan melalui peningkatan sistem imun, penghasilan hormon tumbesaran dan anti-penuaan, peningkatan ketajaman mental, peningkatan hormon endorfin atau penenang dan kesihatan rohani.

Sembang Santai anjuran Wanita Isma cawangan Hulu Langat ini yang dihadiri hampir 50 orang peserta juga melibatkan aktiviti mendengarkan bacaan Al-Quran di reruai Klinik Al-Fatihah dan aktiviti ‘Explorace Ramadan’ untuk kanak-kanak bawah 12 tahun yang masing-masing dianjurkan oleh Biro Dakwah (BIDAK) dan Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM) cawangan yang sama.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian