‘Kita nak promosi produk muslim bukan nak boikot produk lain’

KUALA LUMPUR, 21 Zulkaedah 1440H, Selasa – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Koperasi Al-Hilal (KOHILAL) dan Abata, dalam usaha melaksanakan Kempen Beli Produk Muslim. 

Pengerusi UMMAH, Haji Aminuddin Yahaya berharap dengan pelaksanaan kempen ini produk muslim yang kurang mendapat tempat di pasaraya, akan mendapat manfaat menerusi platform yang dilancarkan.

“Potensi sangat besar, ‘market’ produk halal ini berbilion-bilion, di Malaysia sahaja terdapat 60 peratus penduduk Islam. 

“Saya yakin ‘demand’ produk halal tinggi. Kita nak lahirkan jutawan. Kita akan jemput lagi ribuan produk. Kita nak lawan Lazada. Kita bukan nak boikot produk orang lain. Kita cuma nak promosikan produk muslim dan berikan alternatif di pasaran,” katanya.

Sementara itu, Sekretariat UMMAH, Mohd Zai Mustafa mengakui tujuan utama MoU adalah bagi menggiatkan kempen membeli produk muslim kepada umat Islam seluruh negara.

Ia juga dapat membantu pengeluar dalam memasarkan produk mereka kepada seluruh masyarakat umat Islam, katanya.

“Antara tujuan yang lain juga ialah membantu masyarakat peniaga muslim untuk meningkat ‘turn over’ mereka.

“Kemudian setelah membuahkan hasil, sumbangan kepada peniaga ini akan memudahkan dalam bentuk zakat pula. Seterusnya dapat meningkatkan lagi keupayaan serta ekonomi ummah,” katanya dalam sidang media di Hotel Putra, Kuala Lumpur, hari ini.

Pada masa sama, Mohd Zai memaklumkan bahawa Abata, sebuah syarikat e-dagang akan menyediakan platform kepada pengeluar produk muslim, termasuk Kohilal untuk memasarkan serta memperkenalkan produk dan servis yang disediakan. 

Katanya, Abata akan melancarkan aplikasi dalam talian di App Store dan Play Store dalam masa terdekat.

“Kita tidak terhad kepada Kohilal semata-mata kita akan teruskan dengan lain-lain pengeluar lagi dalam Abata ini. Justeru, UMMAH mengajak semua untuk bersama-sama membangkitkan dan menjayakan kempen ini supaya menjadi kempen nasional,” katanya.

Sumber: https://ift.tt/2JJrOa3

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian