Sikap bisu pemimpin PH seperti ‘restu’ Nabi dihina: Pemuda Isma

BANGI, 26 Zulkaedah 1440H, Isnin – Sikap membisu pemimpin muslim dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH), seolah-olah ‘merestui’ tindakan pihak tidak bertanggungjawab menghina agama Islam dan Nabi Muhammad ﷺ.

Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Arifin Manan berkata, kes penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad ﷺ bukanlah kali pertama berlaku, bahkan dilihat semakin berleluasa sejak PH memerintah.

Beliau kesal apabila sehingga kini kerajaan dilihat seperti memandang ringan tindakan berani pihak biadab memperlekehkan Islam, dan sengaja mencetuskan ketegangan kaum.

“Sehingga ke tahap ini, pemimpin muslim dalam kerajaan tidak langsung bersuara tegas seperti mana mereka menuntut hak-hak tertentu yang memihak kaum dan agama lain.

“Kes sebegini yang mengguris hati umat Islam harus segera ditangani bagi mengelakkan ketegangan kaum semakin memuncak,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Wendy Loong’ memuat naik satu gambar karikatur menghina agama Islam dan Nabi Muhammad ﷺ.

Setakat minggu lalu, polis mengesahkan menerima 483 laporan yang dibuat di seluruh negara, dan sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti pemilik akaun bernama Wendy Loong.

Mengulas lanjut, Arifin berkata, Pemuda Isma tidak teragak-agak menggerakkan ribuan ahli untuk berdemonstrasi secara aman bersama umat Islam, sekiranya isu berkenaan masih sepi daripada perhatian pihak berkuasa.

“Bahkan, saya sendiri telah mengarahkan semua Pemuda Islam cawangan untuk membuat laporan di pejabat polis berhampiran. Polis dengan kerjasama SKMM hendaklah menggunakan segala upaya menangani kes sebegini bagi mengelakkan hilang percaya masyarakat kepada badan berautoriti.

“Keharmonian hidup masyarakat semakin hari semakin terhakis dek kerana ada pihak yang menangguk di air yang keruh, menunggu runtuhnya asas asas bernegara yang dibina sekian lama,” katanya.

Sumber: https://ift.tt/2LONbce

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian