ismakualaterengganu

Bubar Parlimen jika gagal jaga kepentingan Melayu, Islam: Ummah

KUALA LUMPUR – Kerajaan didesak untuk segera membubarkan Parlimen sekiranya gagal memberi perhatian serius terhadap isu kepentingan Melayu ...

KUALA LUMPUR – Kerajaan didesak untuk segera membubarkan Parlimen sekiranya gagal memberi perhatian serius terhadap isu kepentingan Melayu dan agama Islam.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahaya berkata, satu himpunan bagi menyatakan suara perpaduan Melayu dan umat Islam akan diadakan dalam masa terdekat.

“Kita akan adakan perhimpunan seperti himpunan bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) untuk membawa suara rakyat, perpaduan orang Islam. Jika tidak, kita desak mereka untuk bubarkan Parlimen secepat mungkin.

“Gerakan ini adalah usaha sendiri tanpa mana-mana tekanan. Ini adalah suara rakyat. Ummah adalah wakil rakyat cuma kalau ada parti yang nak terlibat kita tidak tolak,” katanya dalam sidang akhbar selepas Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional di sini hari ini.

Konvensyen berkenaan dihadiri lebih 400 peserta terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), pimpinan parti politik Melayu serta individu-individu negarawan yang membentangkan konsep perpaduan ummah termasuk isu-isu ancaman terhadap umat Islam dan Melayu di negara ini yang perlu ditangani.

Sementara itu dalam ucapannya, Aminuddin berkata, beliau yakin kesedaran terhadap perpaduan Melayu dan umat Islam terzahir apabila kedudukan orang Melayu dan kemuliaan agama Islam semakin menekan ditambah dengan perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam.

Bagaimanapun, dengan inisiatif dan kerjasama antara dua parti politik besar Melayu, UMNO dan Pas, menjadikan penyatuan umat Islam hampir menjadi kenyataan namun beberapa perkara perlu diberi perhatian jika mahu benar-benar membawa perubahan yang dikehendaki Islam demi kemaslahatan rakyat.

“Terdapat beberapa ancaman yang dihadapi dan konsep perpaduan dari perspektif Ummah antaranya ancaman liberalisme, gerakan hak asasi manusia, ancaman gerakan pinda undang-undang, ancaman ekonomi yang meruncing, ancaman gerakan ekstremisme dan masa depan tak menentu.

“Konsep perpaduan pula mesti berteraskan iman dan aqidah, mengutamakan rakyat bukan kepentingan peribadi dan menyeluruh bukan serpihan,” katanya.

Sumber: https://ift.tt/2NAz4Y5

Sumber

Related

TERKINI 8497383690201741775

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item